Tuesday, 2 June 2015

PUNCA KENCING MANIS DAN BAGAIMANA IANYA BERLAKU?

Posted by : Syliez.com

Hari ini saya nak kongsikan antara 10 penyakit yang serius di Malaysia iaitu salah satunya adalah penyakit KENCING MANIS  atau DIABETES

                          Image result for pengidap kencing manis


Adakah ini semua makanan kegemaran awak? Coklat, aiskrim, biskut-biskut yang manis, minuman ringan, gula-gula, kek, sirap, madu, susu pekat, jem, madu......

Jika jawapannya ialah ya! dan tahap pengambilan makanan tersebut  adalah tinggi, maka secara tidak langsung semua makanan kegemaran tersebut akan membawa kesan buruk kepada diri kita, iaitu PENYAKIT KENCING MANIS.

Apa itu Peyakit Kencing Manis?

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Hal ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak di bawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Hal inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Oleh itu, badan kita akan kekurangan tenaga.

Tunggu entri kak L seterusnya yea.. 



No comments:

Post a Comment