Tuesday, 23 June 2015

Abai Keputihan Undang Kanser Rahim

Posted by : Syliez.com

                                   Image result for keputihan

Penyakit keputihan merupakan suatu masalah klasik yang dialami oleh semua wanita. Namun gejala dan komplikasi penyakit tersebut adalah berbeza mengikut individu dan tahap kesihatan masing-masing. Jenis keputihan fisiologi yang kerap terjadi pada wanita sihat merupakan gejala normal dan akan pulih secara semulajadi.

Sebaliknya, keputihan patologi diketegorikan sebagai penyakit yang lebih rumit dan perlu rawatan segera. Gejala keputihan patologi disebabkan oleh pelbagai faktor luaran dan dalaman termasuk soal kebersihan diri, kestabilan hormon dalam darah, faktor kesihatan dan gaya hidup yang sihat.

Mikro organisma, sama ada bakteria atau kulat merupakan agen utama agen utama yang terlibat dalam jangkitan faraj. Ciri-ciri klinikal pada setiap pesakit berbeza-beza mengikut jenis kuman yang menyebabkan jangkitan. Namun sekiranya dipandang remeh, semua jangkitan berpotensi untuk menjadi lebih kronik seperti kanser rahim. Wanita hamil mempunyai risiko lebih tinggi mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh rembesan hormon pembiakan yang tinggi dalam badan.

Ramai wanita yang menyesal kemudian apabila berlakunya insiden yang tidak diingini akibat daripada jangkitan tersebut. Penting wanita untuk sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan bebas daripada jangkitan faraj demi kehidupan yang bahagia.

Berjumpa dilain entri mengenali apa itu keputihan??




No comments:

Post a Comment