Sunday, 31 May 2015

Apakah Hypotensi sejenis penyakit yang merbahaya??


Posted by : Syliez.com

                                                darah rendah


Kak L nak share pasal tekanan darah rendah ni sebab pernah satu ketika dahulu mempunyai tekanan darah rendah ni.

Kak L ada terasa pitam dan pening terutama bila nak bangun selepas duduk atau mencangkung agak lama. Kak L memang tak amik tahu sangat dan memandang remeh tentang benda ini.

Suatu hari Kak L terbaca satu artikle didalam sebuah majalah.

"Sekiranya mengalami tekanan darah rendah (hipotensi) ia menandakan anda mungkin menghidap penyakit tertentu yang boleh memudaratkan kesihatan jika dibiarkan"

Alamak!!!

Jom semak bagaimana memahami bacaannya...

Pesakit yang mengalami tekanan darah rendah bermaksud sama ada salah satu bacaan atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastoli) kurang daripada 60 mmHg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut

Ujian tekanan darah dilakukan dengan mengambil dua ukuran dengan bacaan, tekanan darah normal dan optimal adalah sekitar 120/80 mmHg. Bacaan 120 menunjukkan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik di mana ketika ini jantung mengecut dan nombor 80 pula menunjukkan tekanan jantung berehat antara proses pengepaman (diastolik). Ketika jantung ini mengembang dan apabila salah satu bacaan ini rendah menandakan tekanan darah anda rendah.

Punca

Hipotensi Ortostatik.

Ortostatik akan muncul apabila anda berubah posisi tidur secara tiba-tiba. seseorang dengan hipotensi ortostatik mengalami penurunan tekanan darah sistolik sebanyak 15 hingga 30mmHg ketika berdiri dari posisi duduk atau berbaring.

Dehidrasi

Dehidrasi terjadi apabila tubuh kekurangan cairan dan boleh disebabkan oleh kekurangan minuman, puasa dan cirit birit.

Kesan sampingan pengubatan

Ada beberapa jenis ubat yang boleh menurunkan tekanan darah seperti ubat antidepresi dan ubat antihipertensi seperti alpha-blocker dan beta-blocker.

Anemia

Anemia menyebabkan jumlah sel darah merah berada di bawah normal. salah satu gejala aemia adalah tekanan darah rendah.

Ketidakseimbangan hormon 

Penyakit seperti diabetes atau penyakit Addison menyebabkan gagguan pengeluaran hormon. Ini memberi kesan terhadap keseimbangan kadar air dan mineral tubuh serta tekanan darah.

Penyakit saraf

Penyakit saraf seperti penyakit Parkinson dapat menyebabkan hipotensi apabila ia menjangkiti sistem saraf yang mengawal fungsi tubuh autonom seperti mengendalikan tekanan darah

Cedera serius

Jika mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan pendarahan yang serius, tekanan akan menurun drastik.

Penyakit jantung

Penyakit kronik seperti penyakit jantung menyebabkan darah tidak boleh dipamkan oleh jantung ke seluruh tubuh dengan baik. Akibatnya, tekanan darah turut menurun.

Kehamilan

Tekanan darah dikalangan wanita hamil biasanya lebih rendah kerana sistem peredaran darahya yang berkembang dengan cepat.

Disyorkan beberapa vitamin yang sangat membantu kak L dalam masalah tekanan darah rendah ini..


Set Tekanan Darah Rendah Shaklee 
                                          

My IG : Hebat dan Sihat
My Page : Kelab Hebat dan Sihat
My FB :lezaJoe
Contact me : 0107171658






5 Tips Atasi perut buncit selepas bersalin

Posted by : Syliez.com

                                              Image result for perut buncit selepas bersalin                                    



Kaum wanita mengalami pelbagai perubahan selepas bersalin. Bukan hanya berat badan naik, malah perut juga menjadi buncit dan menggleber selepas bersalin. Namun yang paling merisaukan kaum wanita ialah perut buncit selepas bersalin.

Bagaimana untuk mendapatkan kembali perut kempis??

Penyusuan susu ibu

Dalam tempoh pemulihan diri, kita wajib memberikan penyusuan susu ibu kepada bayi. Selain bayi mendapat khasiat, ia juga sangat membantu ibu untuk langsing semula. Digalakkan melakukan penyusuan secara eksklusif selama enam bulan tanpa memberi makanan dan minuman tambahan selain dari susu ibu. Seeloknya diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun. Selalunya ibu yang menyusukan bayi akan cepat berasa lapar dan dahaga. Keadaan ini berlaku kerana banyak air dan kalori diperlukan untuk menghasilkan susu ibu. Dalam hal ini, ibu menyusu dinasihatkan mengamalkan pemakanan seimbang terutama makanan yang rendah lemak dan tinggi serat. Diet ideal ialah makanan yang tinggi kandungan protein dan vitaminnya.  Penyusuan dan pemakanan seimbang mampu membantu menurunkan berat badan. Selain itu, penyusuan juga membantu mengecutkan rahim ibu serta mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat. Oleh itu, usah culas untuk menyusukan anak dengan susu ibu.

Bengkung

Amalan berbengkung yang dilakukan secara berdisplin boleh membantu seseorang ibu mengembalikan bentuk badan asal secara semulajadi. Pemilihan dan penggunaan bengkung yang sesuai serta cara pemakaian yang betul mampu merampingkan pinggang ibu.
Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh. Cara ini bertujuan mendapatkan kembali tubuh yang langsing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung. Otot menjadi kendur dan perlu ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas da langsing semula. Waktu sesuai berbengkung adalah selepas mandi pagi dan setelah diurut. Ilangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.

Bertungku

Semua sedia maklum bahawa amalan bertungku adalah amalan tradisional untuk memecahkan darah beku selepas bersalin. Tujuan bertungku adalah untuk membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku, memecahkan lemak dan mengecutkan rahim bagi ibu selepas bersalin.

Selain itu, bertungku juga mampu memberikan kesegaran kepafa ibu selepas bersalin.



Pemakanan seimbang


Selepas bersalin, setiap wanita perlu menjaga kesihatan supaya dapat memberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi.
Dalam tempoh ini, digalakkan mengambil pemakanan sihat yang rendah lemak dan tinggi serat. Lebihkan pengambilan protein bagi membina otot tubuh dan menganjalkan semula perut yang menggeleber. Tingkatkan juga pengambilan makanan yang dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak seperti oat, kekacang, bayam dan madu. Malah, anda juga boleh mencuba beberapa makanan yang dapat menghasilkan lebih hormon yang mengawal selera yang membuatkan ibu sentiasa berasa kenyang. Antaranya ialah oat, cendawan, asparagus, bawang dan pisang.

Sarapan Pagi

Dalam tempoh berpantang, jangan culas sarapan pagi. Makan dan minum anda perlu berjadual bagi mengelak timbul masalah kesihatan lain misalnya badan berangin dan gastrik. Hakikatnya bersarapan dan meningkatkan metabolisme dalam badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenaga berlaku dengan lebih cepat. Dalam hal ini, digalakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi makan dengan lebih kerap. Amalkan makanan tinggi serat, kurangkan gula ringkas dan makan lemak yang sihat.

Nota kaki :

Rahsia air!

Kajian memdapati bahawa, wanita yang minum dua gelas air sebelum sarapan, makan tengahari dan malam mampu mengurangkan berat badan sebanyak 12kg setahun. Ibu yang minum dua gelas air mendapat 75 kalori berbanding yang tidak minum air. Ia juga meningkatkan metabolisme tubuh. Malah elakkan makan bersulam air kerana boleh memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman dan meningkatkan insulin dengan cepat. Bukan sahaja masalah kesihatan, tetapi turut membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut dengan cepat.


Saturday, 30 May 2015

TIP KAWAL ANAK MENGAMUK

Posted by : Syliez.com

Emosi kanak-kanak sememangnya sukar untuk dikawal dan dijangka. Lebih-lebih lagi apabila mereka mula menangis, menjerit dan memberontak. Jika dibiarkan, bertambah teruk dan jika dipujuk pula ada sahaja yang tidak kena. Ibu bapa yang berhadapan dengan situasi seperti ini perlu bijak mengawal anak meraka dengan bersikap rasional tanpa mengikut perasaan marah.

Mengamuk atau meragam adalah cara anak-anak meluahkan perasaan, melepaskan geram, lapar ataupun ingin sesuatu untuk dapatkan perhatian. Karenah mereka seharusnya dikenal pasti oleh ibu bapa agar mudah untuk memahami isi hati mereka. Mengamuk atau lebih dikenali sebagai tantrum kebiasaannya terjadi kepada kanak-kanak berumur 16 bulan hingga tiga tahun. Menurut pendapat pakar kanak-kanak, adalah penting bagi ibu bapa memahami kenapa anak-anak bersikap demikian agar emosinya mudah dikawal.
Ada beberapa tip akan saya kongsikan yang mana mungkin boleh membantu ibu bapa dalam mengawal anak-anak mengamuk :

Bertenang

Sikap tenang merupakan kunci utama dalam mendidik anak-anak. Berikan nasihat kepada si kecil dengan memberitahu mereka bahawa memberontak merupakan perangai yang tidak elok dan merupakan sikap tidak menghormati ibu bapa. Ibu bapa seharusnya menunjukkan emosi terkawal untuk dijadikan contoh terbaik kepada mereka. Jangan mengambil pendekatan marah dan melenting sebagai penyelesaian kerana ia bukanlah cara untuk mendisplinkan anak-anak.

Alih fokus anak

Cuba alihkan perhatian mereka dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti menonton rancangan yang mereka minati ataupun melakukan aktiviti luar. Kanak-kanak kebiasaannya mudah tertarik dengan perkara baru dan melupakan apa yang dimarahi. Jangan pula mengalihkan perhatian dengan membelikan mereka mainan baru kerana ia memberikan gambaran kepada anak bahawa mereka mudah untuk mendapatkan apa yang diingini apabila meragam.

Cuba memujuk

Pujuk dengan menggunakan nada lembut dan bertanyakan kenapa mereka marah. Cuba tenangkan mereka dengan kata-kata positive. Layan perasaan mereka dengan pujukkan manja. Katakan kepada mereka bahawa apa yang dilakukan adalah salah dan akan lebih disayangi sekiranya bersikap baik dan mendengar kata. Jangan terus marah dengan suara lantang dan memukul mereka kerana ia boleh menjadikan sikecil seorang penakut san jiwanya akan terus memberontak.

Biarkan

Sekiranya mereka masih tetap mengamuk, biarkan kelakuannya begitu. Pedulikan seketika kerenah mereka tetapi masih dalam pemerhatian. Sikecil akan berasa bosan dan letih kerana tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa. Namun, pastikan anak dalam keadaan selamat kerana bimbang mereka akan melakukan sesuatu perkara diluar jangkaan seperti mencederakan diri ataupun membaling barang seperti kaca.

Tetapkan hukuman

Didik anak dengan menetapkan hukuman kepada mereka. Ibu bapa boleh mengarahkan mereka berdiri disudut dinding untuk beberapa minit dan menyuruh mereka memikirkan kesalahan yang dilakukan. Ibu bapa juga boleh menyediakan kerusi hukuman yang disediakan khas untuk mereka sekiranya mereka membuat kesalahan. Hukuman tersebut perlu dilakukan secara konsisten dan serius dalam menjalankannya.

Jangan mengikut kehendak anak

Silapnya, perkara ini seringkali dilakukan oleh ibu bapa dengan mengikut apa sahaja kehendak anak, mereka akan menganggap sikap mengamuk merupakan perkara biasa yang mana akan mendapat apa yang diinginkan sekiranya membuat perangai berulang kali. Jangan sogokkan mereka dengan membeli lambakkan mainan. Biar mereka tahu untuk mendapatkan sesuatu bukan dengan menunjukkan kelakuan mengamuk

Thursday, 28 May 2015

KENALI APA ITU OMEGA GUARD SHAKLEE DAN SIAPA YANG MEMERLUKANNYA??

Kenali Omega Guard

                                 Image result for kekurangan asid lemak omega 3

Bagaimana Omega Guard dihasilkan?

1 kapsul Omega Guard dihasilkan daripada kaedah ultratulen iaitu proses penyulingan proprietary 3 molikul untuk mengextrak omega 3 yang tulin dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenic, cadmium, dioksin dan PCB bergred farmaseutikal berteknologi terkini.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

* Minyak ikan Omega 3 dalam Omega Guard diesktrak dari ikan laut dalam dan    berair sejuk

* Tidak dihasilkan dari minyak ikan yang mengandungi toksik

* Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari      ketumpatan minyak hati ikan

Siapakah yang memerlukan Omega Guard dan fungsinya kepada :-

Ibu hamil dan menyusu

DHA dan EPA membantu pembentukkan otak dan mata bayi. Ia juga mengawal paras kolesterol pada ibu hamil (Digalakkan untuk ibu yang hamil > 4 bulan)

Yang mengalami masalah berat badan

Membantu tubuh bertindakbalas dengan hormon leptin yang terdapat di dalam badan. Hormon ini akan mengurangkan selera makan. Asid lemak Oemga-3 bukan sahaja mengalakkan pembakaran lemak di dalam bada, tetapi turut menghalang pembentukkan lemak.

Kanak-kanak

Meningkatkan sistem imun anak yang selalu demam dan selsema, memecahkan kahak bagi anak yang kerap dibawa untuk nebulizer atau sedut gas akibat pengumpulan kahak, membantu masalah eczema pada kulit kanak-kanak, semput @ asthma, berat badan anak yang obesiti dan lebih fokus dalam pembelajaran.

Sakit-sakit sendi

EPA dalam Omega Guard menyokong fungsi glucosamin untuk mengekalkan kesihatan sendi. Ia juga membantu melegakan sakit sendi dan keradangan.

Jantung dan darah tinggi

Membantu mengurangkan kolesterol dan bacaan darah tinggi. Ia juga menurunkan kadar LDL ( kolesterol tidak baik) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik)


Untuk mendapatkannya bulan ini adalah bulan yang paling bagus kerana 
beli 6 dapat free 1... jangan lepaskan peluang

follow me

IG : Hebat dan Sihat
Page : Hebat dan Sihat
FB : lezaJoe
Wassap : 0107171658 (kak L)

atau terus sahaja kelik link dibawah :-

OMEGA GUARD SHAKLEE


APAKAH KESAN KEKURANGAN ASID LEMAK OMEGA 3??

Posted by : Syliez.com

                                    Image result for kekurangan asid lemak omega 3

Korang mesti kurang perihatinkan kesan kekurangan asid lemak Omega 3 nie amat merbahaya?

Korang tahu tak Kak L ada terbaca dalam satu artikel nie petanda-petanda orang yang kekurangan asid lemak Omega 3 ini adalah seperti :-

* Selalu penat

* Fungsi otak terjejas (penglihatan, kelakuan, mental dan pembelajaran)

* Fungsi sistem saraf terjejas

* Tekanan darah dan trigliserida tinggi

* Radang tisu

* Edema (bengkak air)

* Rambut dan kulit kering

* Fungsi tiroid dan kadar metabolisme rendah

* Sistem imun lemah

Pada sesiapa yang ada kesan-kesan seperti di atas, boleh click link dibawah untuk mengetahui bagaimana untuk badan kita mendapatkan Asid Lemak Omega 3 tersebut.

Apakah Asid Lemak Omega 3?


Wednesday, 27 May 2015

Tips-tips hilangkan perut buncit dan kesannya terhadap anda??

Posted by : Syliez.com

                                            Image result for usus kotor punca penyakit

Yuhuuuuu... pe kabar semua?? Kak L in the house is coming!!!

today Kak L nak cerita pengalaman Kak L pasal satu produk yang kak L paling suka dalam Shaklee nie. Nak tau apa dia?

Kalau uolss nak tau Kak L ambil segala jenis vitamin Shaklee nie :-

Yang senarai nie masih kak L makan :-

Alfalfa
Vitamin C
Vita-Lea
Herb-Lax

Yang bawah nie jarang-jarang :-

Vivix
B Complex
Vitamin E
ESP
Cinch Shake (Latte)
Omega

Antara banyak-banyak vitamin yang kak L ambil yang paling kak L suka sekali ialah Herb Lax.Nak tau kan kenapa?
Sebenarnya kak L nie memang jarang membuang, kalau membuang kadang-kadang seminggu sekali je. Perut kak L selalu masuk angin, kadang-kadang perut rasa tak selesa.
Bila kak L amalkan herb-lax nie, setiap pagi celik mata je tempat pertama adalah berjumpa dengan Mr J... hihihi fuhhh legaaa mak nakkk. Perut selesa dan sangat-sangat berkesan. tapiiiii yang paling kak L suka, setiap kali selepas kak L makan tak kira la makan apapun, mesti selepas 1/2 jam kak L mesti cari Mr J.... tengok betapa lawasnya perut kak L. Upssss... kalau uolss ada masalah lepas makan 2 3 kali sehari tapi tak nak membuang sampai seminggu, uolss cuba bayangkan berapa banyak dok dalam perut tu? haaa yang paling penting jangan lupa air wajib 3L sehari hokey lalink semua...

Kak L sudah uolsss bila lagi??

Kesimpulannya apa yang kak L rasa :-

1. Hilangkan perut muncit
2. Buang angin 
3. Membuang secara konsistan
4. Makanan yang dimakan tak akan dok simpan dalam perut lelama
5. Bersihkan usus kita yang bertahun-tahun tu tak dibersihkan

Sekian sahaja coretan kak L harini

Nanti kita jumpa lagi yea uolsss

psssttttt pssstttt nak oder tak sebotol?
Click ler link nie... baca-baca apa yang patut kak L share tips-tips hilang kan perut muncit dan boleh ler oder ;-











Tuesday, 26 May 2015

Kenapa aku memilih Shaklee??

Posted by : Syliez.com



hai hai hai..

TQ ler sebab rajin lawat bebelan kak L nie yea.. hihihi
Kak L sebenarnya jual vitamin nie pada awalnya suka-suka aje, apa tu orang kata tak terfikir pun ianya boleh sampai sejauh ini (Syukur alhamdulilah). Allah berikan jalan untuk kak L teruskan didalam Shaklee ni.

Korang nak tau tak kenapa kak L pilih bisnes Shaklee nie?

1. Masa mula-mula adik ahkak si anies tu bagitau dia kurus lepas ambil Shaklee dan susu 
badan meriah, kak L pun  teruja la bukan bab susu badan tapi bab kurus hihihi. 
Sebabnya sebelum nie si anies nie memang gemukss siap pegi pusat pelangsingan setiap petang dah berhabis beribu riban ongkosnya... emmm hampeh tak menjadipun..
Tapi bila dia ambil set menyusu Shaklee, badan dia kurus ko... kak L tak tipu hokey.. meh tengoh gambar nie haaa..kenapa??? masih tak percayeeee??? nak dapat cengini kenelah konsistant yea jangan kejap makan kejap idoksss...

                         

2. Yang kedua sebabnya, masa mula-mula masuk ahli nak menjual je, dapat untung runcit tu dah kira ok la kenn. Upsss terlajak pulak bulan pertama dapat bonus walaupun 20hinggit (alhamdulilah). So terfikir masa tu "kalau aku dapat jual banyak lagi banyak la bonus aku"! Wahhh kene usaha sungguh-sungguh nie sebab nak merasa bonus banyak (ratus-ratus katenyeee). Sehingga kini dari puluh menjadi ratus dan dari ratus menjadi ribu (terima kasih pada mami anies dan mami mia yang banyak mendorong ahkak) 

3. Yang ke tiga, bila ada customer jumpa / wassap Kak L tanya dia ada sakit itu dan ini (macam-macamlah) dan bila kak L syorkan sesuatu vitamin kemudian dapat feedback yang sangat bagus, terasa kepuasan di situ. Salah satunya kita dapat bantu menyelesaikan masalah mereka dan kedua Shaklee nie sebenarnya bukan sahaja tujuan nya untuk dapatkan keuntungan tetapi dapat membantu memberikan  kesihatan yang baik pada mereka (dengan izin Allah)

4. Yang ke empat, hasil bonus / untung runcit sangat-sangat membantu nak-nak time tengah bulan selain dapat menambahkan pemberian sedekah pada yang memerlukan juga dapat beri pada mak dan keperluan anak-anak

5. Dan yang terakhir, mentor dalam group selalu memberi dorongan walaupun adakalanya kak L rasa drop. Mami mia dan mami anies jasamu ku kenang kerana tanpa dirimu siapalah aku (tetiba syahdu lak pepetang nie). Serius kak L sangat-sangat rasa bertuah sebab mereka-meraka yang berada dalam group sangat-sangat membantu dan memberi keyakinan untuk Kak L memilih Shaklee sebagai part time bisnes.

Syukur alhamdulilah....


Fibroid terjadi pada wanita berusia 30an ~ 40an??

Posted by : Syliez.com
                                Image result for fibroid

Bagaimana wanita boleh menghidapi penyakit ini?



Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

Apakah simtom yang dihidapi oleh kaum wanita?

Kebanyakan wanita tidak sedar dan tidak tahu samada mereka mempunyai masalah ketumbuhan ini kerana ia jarang memberikan masalah, tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami :-

* sakit semasa haid (senggugut)
* sakit belakang
* haid yang banyak
* sembelit
* kencing kerap
* keguguran yang kerap
* sukar mengandung

Bagaimana fibroid dapat dikenal pasti ?

Kebanyakan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan dan menyarankan rawatan bergantung kepada :-

* sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi

* berapa cepat fibroid tersebut membesar

* usia anda, kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos

* keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan
  ketidaksuburan dan sukar untuk mengandung.

Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.

Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi berbanding hysterectomy.

Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.

Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.

Konklusinya, tiada cara untuk mengelak dari fibroid kerana ia tidak ada kaitan dengan cara pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan penyakit keturunan .

Selain dari di atas ada beberapa makanan tambahan yang terbukti dapat mengecutkan fibroid ini.

cuba click link dibawah :-


Follow my IG & Page : Hebat dan sihat
Facebook : Ieza Joe
Contact : 010-71717658


10 TIPS MENGURANGKAN KOLESTROL DALAM BADAN

Posted by : Syliez


ehem ehem...emmm dalam terfikir-fikir nak hupdate blog kak L harini, teringat promosi Omega bulan nie masih berbaki 5 hari kuang kuang kuang. Kalau ada masalah kolestrol boleh la oder dengan ahkak L okies ;-)

Ok Kak L nak share serba sikit tips2 untuk mengurangkan kolestrol dalam badan nie.

1. Gunakan tangga sebagai alternatif lain untuk naik dan turun.

2. Ketika memesan milo, apa kata pesan hanya milo kosong tanpa gula dan susu pekat
    manis

3. Tidak perlu tambah keropok jika memesan nasi goreng atau nasi lemak

4. Gunakan kuali non-stick yang mana penggunaan minyak dapat dikurangkan

5. Berjalan jika kedai hanya berdekatan dengan rumah kita

6. Minum air kosong jika dahaga, elakkan minum minuman bergas

7. Jika bosan di pejabat, apa kata lakukan senaman ringkas seperti tekan tubi

8. Berhenti makan sebelum kenyang (sunah nabi uolsss)

9. Penuhkan buah-buahan dalam peti sujuk, jangan letakkan makanan yang manis seperti 
    coklat dan minuman bergas dalam peti sejuk

10. Makan oat setiap hari

Click link dibawah untuk mengetahui apa itu Kolestrol?


Apa itu kolesterol

Sekian sahaja celoteh dari Kak L untuk harini

boleh juga follow kak L punya

IG : Hebat & Sihat
FB : Ieza Joe
Page : Hebat & Sihat

bubuyeeeeeeee



Monday, 25 May 2015

RAHSIA LEMON PEMUSNAH SEL KANSER

POSTED BY SYLIEZ

                                 Image result for lemon               

Hi uollss, tq sebab sudi melawat blog akk yang tak seberapa nie. Almaklumlah dah lama tak di hupdate...


korang nak tau tak rahsia lemon?

Air lemon panas boleh menolong anda seumur hidup.

1. Lemon panas membunuh sel kanser

2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline

3. Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sangat bermanafaat bagi sesiapa sahaja

4. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yang terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.

5. Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C

6. Ibarat tomato, harus dimasak terlebih dahulu baru boleh muncul Lycopene yang bermanfaat.

7. Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor dan boleh membantu mengatasi segala jenis tumor

8. Lemon Extract boleh melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosakkan sel normal

9. Citric Acid dan C Polifenol yang terdapat dalam juice lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi peggumpalan darah

10. Habis baca harus beritahu orang lain, sebarkan dengan penuh kasih sayang 

itu sahaja coretan Kak L pada hari ini..