Posted by : Syliez.com
Assalamualaikum
Azliza Johari adalah seorang ibu
kepada empat orang cahaya mata iaitu satu putera dan tiga puteri. Mohd Azri (21
Tahun ), Nurul Arina (17tahun), Nurul Ain Izattie (15 tahun) dan Nurul Ayu
Izarin (13tahun). Keempat-empat anak saya masih belajar dan masih dibawah tanggjawab saya sepenuhnya.
Sekarang saya bekerja sebagai
seorang leader di bahagian kualiti di sebuah syarikat pembuatan pinggan mangkuk
berjenama terkenal seperti Corning Ware,
Corelle, Vision dsb. Namun kerana ingin mencari pendapatan yang lebih saya
mengambil keputusan untuk membuat pelbagai jenis kerja sampingan untuk
menambahkan pendapatan keluarga demi membesarkan anak-anak tersayang. Banyak kerja sampingan sebelum ini yang telah saya buat tetapi ianya terbantut hanya diseparuh jalan. Banyak faktor yang membuatkan saya gagal, tapi apa yang saya nampak punca utamanya adalah tiada bimbingan yang sempurna dari leader itu sendiri.
Tapi setelah saya mengenali Shaklee dan telah menjadi ahli sejak
November 2013 saya rasa Shaklee ini adalah bisnes yang amat memuaskan hati saya kerana??
OK! sebelum tu, saya nak kongsi cerita bagaimana saya boleh menjadi ahli Shaklee ini secara percuma? Pada suatu hari, saya telah
berkongsi pengalaman adik saya sendiri mengambil Shaklee selama 2 tahun dan
keberkesanannya susu badannya tak pernah mengecewakan dan badannya semakin slim). Alhamdulilah, perkongsian yang saya ceritakan kepada
rakan-rakan ditempat kerja mahupun rakan-rakan sekolah lama, telah diterima
baik dan ramai yang ingin mencuba seperti set kurus, set kulit, set alahan, set
resdung, set kolesterol dan macam-macam lagi. Bermula dari situlah saya mula
menjual secara sambilan sambil bekerja serta saya sendiri telah mencubanya.
Setelah saya sendiri mencubanya,
bermula dengan cuba-cuba akhirnya jatuh cinta dan ingin berkongsi kebaikan produk, saya
telah mula serius dalam melakukan bisnes Shaklee ini. Alhamdulillah pendapatan
yang diperolehi adalah diluar jangkaan saya. Bukan itu sahaja, ukhwah yang
terbina juga adalah sangat luar biasa.
Betapa bertuahnya saya berada
dibawah susur galur GMF dan Happymom serta group saya sendiri Success Family
Hebat banyak mengajar saya kepayahan untuk berjaya, menimba ilmu tanpa mengira
waktu serta berkongsi ilmu pada yang memerlukan. Kelebihan berada dalam group ini ialah leader-leader yang tidak pernah jemu
memberi tunjuk ajar untuk saya semua berjaya bersama-sama. Alhamdulilah, saya yang zero
tentang blog sekarang dah boleh buat blog hari-hari, kurang keyakinan diri dan ada masa drop tetapi group ini banyak memberi motivasi & semangat untuk saya meneruskannya.
Saya rasa, tiada group lain yang setanding dengan group ini. Selain soal duniawi, saya juga diberikan kesedaran tentang aspek kerohanian yang mana ianya banyak membantu saya dalam dunia Shaklee ini iaitu mengaplikasi master checklist.
Selain itu, banyak kelas-kelas yang di adakan oleh Mami mia adalah secara santai dan sangat best.
Coaching sambil bermesra bersama ahli group
Belajar blog (saya belum lagi join kelas), tapi leader yang sediada sentiasa memberi tunjukajar.
Beriklan di media sosial secara berkongsi bukan menjual (3 kali sehari)
Update status selain Shaklee di media sosial (3 kali sehari)
Membuat target setiap awal bulan
Reward dari leader jika capai target tertentu
Makan-makan bersama leader, anak, cucu, cicit sambil berkongsi cerita (dapat merapatkan lagi silaturahim)
Group wassap yang best, tak pernah lokek ilmu
Saya amat bangga dengan Group ini!!!
Dengan bermodalkan hanya RM68.90 atau percuma (mengikut terma dan syarat tertentu), anda boleh menjana pendapatan yang anda sendiri inginkan.
Tepuk dada tanyalah selera.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
– Cecil B. DeMille
No comments:
Post a Comment