Monday, 1 June 2015

10 TEKNIK DIET SIHAT SEPANJANG RAMADHAN

Posted by : Syliez.com

                                     Image result for dietsihat


Kak L nak kongsikan tips diet di waktu malam (sesuai ketika ramadhan yang akan tiba nanti) yang kak L dapat dari seorang kawan. 

Makan malam penting untuk membekalkan tenaga pada waktu malam tetapi nilai dan qualiti makanan yang diambil hendaklah kurang kalori.

1. CUBA AMALKAN MAKAN 4 JAM SEBELUM TIDUR

4 jam sebelum tidur adalah waktu yang terbaik untuk mengambil makan malam. ini kerana ketika tidur, perut anggota badan kurang pergerakkan dan kurang membakar kalori jika dibandingkan pada waktu pagi. waktu paling elok untuk mengambil makan adalah sekitar jam 6 hingga 9 malam.

2. AMALKAN MINUM SUSU

Amalkan minum susu setiap malam sebelum tidur. Cukup sekadar segelas susu panas bagi mengisi perut kosong sepanjang malam semasa tidur. Pastikan susu tersebut yang rendah lemak

3. PERBANYAKKAN MEMAKAN BUAH ATAU SUP SAYUR

Pastikan makanan yang diambil terdiri daripada buah-buahan dan sup sayuran yang menyihatkan

4. KATAKAN TIDAK PADA JUNK FOOD ATAU MAKANAN SEGERA

Junk food kebanyakkannya tidak berkhasiat dan hanya mengandungi lebih minyak, kalori dan pewarna yang tidak elok untuk badan. Anda digalakkan untuk pantang dari memakan junk food tambah-tambah lagi disaat menonton TV

5. ELAKKAN MAKANAN BERAT (TINGGI KALORI)

Pengambilan makanan yang tinggi kalori akan membuatkan diri anda berasa lebih memenatkan. Elakkan atau seboleh-bolehnya ambil dengan jumlah yang sedirki. Jika anda memilih makanan yang agak berat, dahulukan dengan memakan sayur. Cara terbaik untuk elakkan rasa lapar iala dengan pengambilan protein.

6. MAKANAN REBUS DAN BAKAR

Seperti ikan bakar atau panggang yang dimakan tanpa nasi. Rebus sayur yang dimakan bersama sedikit perisa tambahan

7. MANDI SEBELUM MAKAN

Bagi mengelakkan perut buncit, sebaiknya mandi terlebih dahulu sebelum mengambil makan malam. Ia petua lama adakalanya petua orang lama masih boleh diguna pakai.

8. AMAL AIR KOSONG ATAU JUS

Minum segelas jus buah-buahan atau air kosong (1 liter). Elakkan minuman berkarbonat atau yang mengandungi kadar gula yang tinggi kerana ini akan membuatkan badan anda lebih mengantuk.

9. SENAMAN RINGAN SEBELUM TIDUR

Seelok-eloknya lakukanlah senaman ringan sebelum tidur untuk merengangkan otot-otot anda disamping membakar kalori sarapan malam anda. 

Antaranya seperti senaman sit-up antara yang mudah dan ringkas untuk anda yang ingin menjaga bentuk tubuh dan mengempiskan perut. Selain berdiet malam hari, jika diiringi dengan senaman pelengkap kepada program diet sihat anda.

10. CUCI MUKA DAN MINUM AIR SUAM (SAAT HENDAK TIDUR)

Pelengkapkan lagi dietsihat malam anda dengan meminum air suam sebagai tambahan sebelum tidur. Selain itu cucilah muka dan anggota badan (bukan mandi) untuk mengambah keselesaan, kesegaran dan ketenangan tidur anda.
Lupakan segala permasalahan atau hal-hal berkaitan disiang hari untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Ini sahaja perkongsian dari Kak L untuk hari ini..







No comments:

Post a Comment