Posted by : Syliez.com
Siapakah penghidap Penyakit Kencing Manis?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini. Tetapi mereka yang datang
daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang menghidapi
penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas), ataupun mereka
yang mempunyai berat badan berlebihan, gemuk atau obesiti mempunyai risiko yang
lebih tinggi untuk mendapat kencing manis.
Apakah rawatan untuk Penyakit Kencing Manis?
1. Kawalan pemakanan.
Makanan harian yang patut makan bergantung kepada
beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang
dilakukan dan keadaan penyakit.
2. Suntikan insulin
Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana
ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan.
3. Pil
Tetapi perlu jumpa doktor untuk menjalankan pemeriksaan terhadap
penghidap, supaya dapat menentukan sama ada memerlukan suntikan insulin atau
pil dalam rawatan.
4. Rawatan awal
Jika jumpa tanda-tanda/gejala kencing manis sila membuat rawatan dengan segera.
5. Menjalankan pemeriksaan
Kerap melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital dari masa ke semasa
termasuk ujian air kencing dan darah.
6. Patuhilah nasihat doktor
Jika di dapati anda adalah penghidap, sila patuhi nasihat doktor mengenai ubat-ubat yang anda perlu
ambil.
7. Jangan berhenti mengambil ubat
kerana merasa sihat dan berfikir bahawa
ubat itu tidak perlu lagi. Berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada
adalah sangat merbahaya kerana hal ini boleh mengakibatkan penyakit melarat
disebabkan tidak dikawal dengan sempurna.
8. Pantau pengambilan makanan
Elakkan mengambil makanan yang manis, terlalu banyak
karbohidrat dan lemak secara berlebihan.
9. Mengurangkan pengambilan
nasi, roti, ubi kentang,ubi keledek, ubi
kayu,jus, kelapa, daging kambing, buah-buahan jeruk dan bahan-bahan tenusu.
10. Penjagaan berat badan.
Adalah baik jika berat badan penghidap turun,
kerana badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna. Dengan
itu, kadar gula dalam darah akan turun.
11. Senaman.
Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik
untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula
dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah.
Pengaliran darah juga bertambah baik.
12. Mengelakkan jangkitan.
Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat
jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, pesakit perlu menjaga diri sendiri
melalui langkah-langkah tersebut :-
Selalu menjaga kebersihan diri.
Setiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun, keringkan kaki dan sapukan bedak.
Mandilah selalu.
Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan.
Jaga kebersihan gigi.
Menjauhkan diri dari kecederaan.
Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar.
Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki.
Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada.
Berhati-hati semasa bercukur.
13. Penjagaan kaki.
Jika peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan
sempurna atau diganggu, hal ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin
boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat.
Oleh itu,
sentiasa perlu menjaga kaki anda.
Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama
Jangan pakai kasut yang ketat
Sentiasa urutkan kaki anda
Setiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih
tinggi dari badan anda untuk beberapa minit.
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini mengenai penyakit kencing manis.
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini mengenai penyakit kencing manis.
No comments:
Post a Comment