Wednesday, 24 June 2015

Bahaya Diet Tinggi Protein

Posted by : Syliez.com

                              Image result for diet tinggi protein


Hilang berat badan dengan hanya makan stik, burger, keju dan daging? Benar! diet tinggi protein dan rendah karbohidrat mampu membantu dalam mengurangkan berat badan tetapi kita perlu mempertimbangkan risiko sebelum mengambil keputusan untuk melakukan diet ini.

Protein mungkin menjadi setengah daripada kalori seharian kita. Kebanyakan protein tambahan ini datang daripada sumber haiwan seperti daging, telur dan keju. Ini kerana diet sebegini mengelakkan makanan seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apabila kita membuang kabohidrat daripada diet, kita akan kehilangan berat badan. Apabila tidak terdapat karbohidrat tambahan, tubuh mula membakar lebih lemak untuk mendapat tenaga. keadaan ini boleh membawa kepada ketosis yang membuatkan diet lebih mudah kerana anda kurang rasa lapar. Bagaimanapun ketosis boleh menyebabkan sakit kepala, kerengsaan dan loya.

Diet tinggi protein juga menurunkan berat badan kita tetapi memakan terlalu banyak daging berlemak dan makanan tenusu boleh meningkatkan kadar kolesterol dan risiko serangan jantung. Jika kita tidak memakan sayuran dan bijirin, kita akan kehilangan serat dan nutrien penting lain. Diet lebih sederhana yang membuang lemak tetapi tidak terlalu banyak membuang karbohidrat mungkin berkesan dan selamat.

Tips 

* Pilih Daging Tanpa Lemak
Jika memilih daging tanpa lemak, kita akan dapat kesemua protein dengan lemak yang paling kurang. Pilihan terbaik ialah daging putih seperti ayam atau itik. Buang kulit kerana ia penuh dengan lemak tepu.

* Ikan Menawar lemak sihat
Ikan penuh dengan protein dan hampir kurang lemak. Ikan salmon dan tuna adalah pilihan terbaik. Ikan sebegini biasanya memiliki asid lemak omega-3 yang amat baik untuk jantung.

* Sehari sebiji telur
Telur memiliki banyak kolesterol tetapi sebiji sehari selamat untuk individu dewasa yang sihat. Kuning telur memiliki semua kolesterol dan kurang separuh protein. Oleh itu ambil juga putih telur.

* Soya
Tauhu dan makanan berasaskan soya adalah sumber protein berasaskan tumbuh-tumbuhan. Disarankan mengambil SOYA NON GMO yang banyak khasiatnya kerana diperbuat dari bahan semulajadi.

* Makan lebih banyak kacang
Protein secawan setengah kacang bersamaan lebih kurang tiga auns stik yang dipanggang. Serat dalam kacang membuatkan kita kenyang lebih lama dan membantu merendahkan tahap kolesterol LDL atau kolesterol jahat.

* Tambah kalsium Rendah lemak
Susu, keju dan yogurt memberikan protein dan kalsium untuk menguatkan tulang dan menyihatkan jantung. Selain itu pengambilan vitamin juga penting untuk membantu MENGUATKAN TULANG dan MENYIHATKAN JANTUNG.

* Pilih Bijirin Penuh
Kebanyakkan diet tinggi protein menghadkan bijirin. Ambillah bijirin penuh. Kita akan mendapat serat dan nutrisi daripadanya.

* Ruang untuk buah dan Sayur
Buah-buahan dan sayur-sayuran amat baik untuk kesihatan walaupun ketika kita sedang mengamalkan diet tinggi protein.

Sekian entry saya
follow me :

FB : IeZa Joe
Page : Rahsia Kekal Sihat & Cantik
IG : Hebat dan Sihat
Wassap : 0107171658


No comments:

Post a Comment