Posted by : Syliez.com
Assalamualaikum.
Ok entri saya pada hari ini adalah mencegah kencing manis atau diabetes. Saya ingin kongsikan beberapa tips mencegah kencing manis atau diabetes yang saya pernah baca dan mudah-mudahan memberi manafaat kepada semua pembaca :-
Dibawah ini beberapa tips yang mudah :-
1. Perbanyakkan melakukan aktiviti olahraga seperti berjalan kaki dan sebagainya. Perkara ini boleh membantu membakar gula yang berlebihan dan lemak jahat yang ada pada tubuh badan kita.
2. Dapatkan banyak serat dalam makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
3. Makanlah kekacang dan bijirin seperti kacang hijau, kacang merah dan sebagainya
4. Turunkan berat badan (ikuti program diet sihat)
5. Perbanyakkan meminum susu rendah lemak
6. Kurangkan pengambilan makanan berlemak terutama telur atau daging secara berlebihan
7. Kurangkan pengambilan gula (samada dari nasi ataupun minuman bergula)
8. Berhenti merokok atau kurangi pengambilannya
9. Tidur secara teratur
10. Dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan sahabat handai.
Kalau nak tahu bagaimana untuk mengenali diabetes diperingkat awal, boleh la click link dibawah :-
No comments:
Post a Comment