Tuesday, 16 June 2015

Shaklee National Conference 2013/2014

Posted by : Syliez.com



Tarikh 23.11.2013  aku telah mendaftar sebagai ahli Shaklee yang atau lebih dipanggil SID (Shaklee Indipendent Distributor) yang mana tidak pernah terfikir untuk aku menceburi bidang MLM ini setelah sekian lama ianya berkubur dari kotak fikiran aku. Bukan kerana apa, pengalaman aku di dalam MLM ini telah lama sejak habis sekolah lagi aku telah diperkenalkan dengan dunia MLM akan tetapi tidak satupun menjadi.

Di dalam dunia Shaklee ini apa yang membezakannya adalah ukuwah antara kami semua sama ada yang baru dikenali ataupun yang telah mengenali antara satu sama lain. Kami seperti sebuah keluarga yang besar, saling bantu membantu, dapat menimba ilmu bersama-sama dan berkongsi pendapat serta pengalaman masing-masing dalam mempertingkatkan mutu kita semua sebagai pengedar Shaklee atau SID-pro.

Tanggal 5.5.2015, aku menerima email dari Shaklee yang menyatakan aku layak menerima satu anugerah iaitu 'Leadership Consistency 21% Achiever'. Pada saat itu rasa macam tidak percaya kerana apa yang aku buat ada ganjarannya yang diberi oleh syarikat Shaklee.

Pada 6.6.2015, tiba masa aku berangkat ke Kuala Lumpur untuk pergi ke majlis penganugerahan tersebut. Pada malam tersebut ada majlis makan malam untuk kami semua. Kami dihidangkan dengan berbagai jenis lauk pauk dan diberi hiburan pentas yang tidak kurang hebatnya. Terima kasih kepada Shaklee kerana meraikan kami semua.

Pada 7.6.2015, aku telah menerima anugerah untuk naik kepentas bersama-sama rakan-rakan lain. Pada masa itu hati berbunga-bunga gembira sangat-sangat bila suami tercinta sudi menemani aku dari awal hingga akhir majlis.

Perkongsian dari Master-master hebat Shaklee, aku dengari satu persatu. Kalau dia boleh kenapa aku tidak? Persoalannya sekarang, apa yang diterima adalah setimpal dengan usahanya. Aku? Aku pasti boleh! Satu hari akan kugapai ianya menjadi kenyataan.

Sekian coretan aku pada kali ini.







No comments:

Post a Comment