Tuesday, 21 April 2015

Hilang ketiak hitam dan celah peha

Posted by : Syliez.com

Persoalan yang selalu orang akan tanya bagaimana dan macamana? Selalunya punca masalah ketiak hitam ini kekerapan menggunakan pencukur dan masalah berpeluh ataupun kurang mandi sebaik-baiknya.

Di bawah ini saya ada kongsikan beberapa petua orang-orang tua dahulu dan ia bukan sekadar petua. Percayalah zaman dahulu kala mana ada ubat atau spray yang putihkan ketiak jadi diaorang hanya menggunakan cara tradisional. tak percaya cuba tanya atok dan nenek korang.

Petua ini memang biasa kita dengar tapi kurang amalkannya... bagi yang belum tahu macamana caranya... meh teruskan membaca 

1. ambil secubit kapur makan, kemudian campurkan dengan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi basahkan bahagian ketiak terlebih dahulu kemudian gosok ketiak, sebaiknya gosok ketiak dengan kepala lutut. Dengan cara ini, ketiak akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah. Memang akan terasa sedikit pedih atau panas tapi tidaklah sampai memudaratkan kesihatan kulit kamu yea. Amalkan sekerap yang mungkin iaitu 2 kali seminggu semasa mandi @ sehingga ia putih seperti sediakala.

Image result for limau nipis dan kapur makanImage result for limau nipis dan kapur makan

Note : Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan (cuba lerrr kalau nak tahu).

2. Cuci ketiak dan celah peha kamu dengan parutan lemon dan timun selama 15-20 minit sehari, selepas itu basuh bersih dengan menggunakan air suam.

3. Gunakan Tawas bercampur air suam sedikit, kemudian gosokkan ketiak dan celah peha dengan menggunakan span taupun kapas.

4. Semasa mandi, sapukan sabun pada bahagian belakang telapak tangan kemudian gosok pada celah ketiak @ peha. Amalkan petua ini insyAllah ianya amat berkesan.

5. Upss hampir terlupa pulak, mesti korang ingat lagi kan mak-mak kita dulu mandi mesti berkemban guna kain batik kan? haa salah satu cara nak sental daki dah hilangkan bau badan, gunakan kain batik yang dibuat basahan mandi tu sental la seluruh badan terutama pada tempat-tempat sulit kan. insyAllah 

Selamat mencuba!!

Emm tak lupa selain menggunakan petua ini, zaman moden nie supplement juga amat membantu untuk menghidari masalah yang tersebut diatas.

Set kulit idaman dari Shaklee amat membantu.

Click link dibawah :-

ESP
* Vitamin C

Hubungi : 
Wassap ; 0107171658
IG : Hebat dan Sihat
page : Hebat dan Sihat
FB : ieza Joe


No comments:

Post a Comment