Tuesday, 14 July 2015

Resepi Tart Nenas Gebu

Posted by : Syliez.com

                                          Image result for tart gulung nenas gebu

Assalamualaikum semua.
Masih sempat lagi awak semua nak membuat tart nenas gebu ni. Bahan-bahannya simple je taw. Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang kawan lama saya satu ketika dahulu dan tak pernah mengecewakan.

Ok jom kita buat

Bahan-bahannya :-

1 buku butter
1 biji kuning telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2-3 sudu besar susu pekat manis
sedikit pewarna kuning

Bahan untuk Inti
Nenas 
Inci Kuning
Gula
(biasa saya beli je inti nenas ni)

Cara-cara

Pukul telur sedikit dan masukkan butter. Apabila sudah agak kembang masukkan susu dan pewarna kuning serta esen vanilla. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut dan tidak melekat.
Biarkan seketika sebelum dicetak untuk membuat tart.

Selamat mencuba

Monday, 13 July 2015

Biskut Arab simple

Posted by : Syliez.com

Assalamualaikum, harini saya ingin berkongsi dengan anda semua cara-cara membuat biskut arab yang sangat-sangat simple tetapi sedap. Resepi ini telah dikongsikan oleh seseorang kepada saya. Cubalah pasti tidak akan menyesal.

                                Image result for biskut arab

Bahan-bahannya :-

9 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula kastor
Minyak sapi secukupnya (ikut kelembutan yang dikehendaki)

Cara-cara :-

Ayak tepung gandum bersama-sama tepung jagung. Kemudian campurkan gula kastor dan uli dengan minyak sapi sehingga lembut.
Apabila adunan sudah lembut, bulat-bulatkan sebesar ibu jari dan letakkan ceri diatasnya.

Bakar pada suhu 150 C sehingga nampak kekuning-kuningan.

selamat mencuba



Ikan Siakap Sweet Sour untuk berbuka puasa

Posted by : Syliez.com

                                            Image result for ikan siakap sweet sour

Biasa makan kat luar harga boleh tahan kan bila oder menu ni. So saya biasa akan masak sendiri baru rasa puas makan anak- anak dan suamipn suka.

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (yang sedang2 je saiznya)

2 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
1 sb serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk mengoreng


Bahan hiasan

Timun potong panjang

Nenas dipotong dadu
Tomato dipotong dadu


Cara-caranya :-


Ikan siakap sikelar2 kemudian letak garam dan kunyit pada ikan tersebut dan dibiarkan seketika. Bila minyak panas goreng ikan dengan api yang sederhana sehingga kekuningan.


Cara membuat Sos sweet sour :-


Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dihiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan lada blender goreng sehingga garing. Masukkan semua sos mengikut kehendak masing2 kalau nak banyak kuah letak la lebih. Biarkan sehingga naik minyak. Jika sos terlalu pekat boleh lah ditambah air. Kemudian masukkan gula dan garam. Akhir sekali masukkan bahan2 hiasan biar sebentar diatas api. Tuangkan sos tersebut di atas ikan yang sudah digoreng tadi.

Selamat mencuba.


Sunday, 12 July 2015

Corn Flakes Madu Sedap dan Rangup

Posted by : Syliez.com

Assalamualaikum semua..
Resepi membuat Corn Flakes madu rangup ni amat mudah sekali tak payah nak pening2 kepala. Ikut je cara saya nie yea.

Bahan-bahannya :-
1 kotak cornflakes (jenama ikut suka yg penting halal)
6 sudu butter 
6 sudu gula pasir
3 sudu madu

Mangkuk kertas (saya pilih hitam sebab nanti Corn Flakes nampak menyerlah)
**kacang, bijan atau buah campuran boleh juga dicampur (ikut ler suka hati uolss)


Panaskan periuk, masukkan butter dan gula kacau hingga sebati @ gula cair kemudian masukkan madu. Kacau lagi sehingga sebati dan padam api.
Corn Flakes di ramas-ramas agak2 hancur supaya mudah melekat antara satu sama lain.

Kemudian masukkan Corn Flakes kedalam periuk yang ada butter, gula dan madu tadi gaul rata.

Bila sudah rata kesemuanya, sudukan kedalam mangkuk kertas sehingga habis.
Bakar pada suhu 150-200C selama 10minit.

Bila sudah siap dibakar, biarkan sebentar agar sejuk sedikit boleh la dimasukkan ke dalam bekas yang disukai

Selamat Mencuba

Calling2 0107171658
http://syliezwithsupplimenthebat.blogspot.com

Wednesday, 1 July 2015

3 Tips untuk rasa lebih segar

Posted by : syliez.com

Rasa tak bersemangat nak mulakan harimu?
Cuba tip mudah ini untuk buat tubuh kamu rasa lebih bertenaga.

1. Curi Masa Untuk Lelapkan Mata

     Ramai percaya tidur sebentar pada waktu tengahari baik untuk tubuh. Jadi dapatkan tidur secukupnya setiap malam dan curi masa setengah jam ketika waktu lunch di pejabat untuk lelapkan mata agar tubuhmu kembali segar.

2. Minum Air Bersama Hirisan Sitrus

     Sebaiknya minum segelas air dengan hirisan lemon sejurus selepas kamu bangun dari tidur. Ini boleh membantu mengejutkan metabolisme kamu, jadi kamu akan lebih bersemangat untuk mulakan harimu.

3. "Hirup" Lebih Cahaya

     Helah untuk tubuh rasa lebih segar :

Makan sarapan di tepi tingkap. Cahaya yang masuk akan menyekat pengeluaran melatonin, hormon yang memberi isyarat kepada tubuhmu untuk tidur.

Nota kaki : Jadikan Teman Setia!
Simpan chewing gum atau gula-gula pudina dalam beg tangan. Bila rasa mengantuk, makan satu untuk segarkan kembali tubuhmu.