Thursday, 7 December 2017

Tips Menyegarkan Kembali Sayur Yang Layu

Jangan dibuang kalau dah layu!
===========================

Hari-hari minggu ini mak-mak selalunya busy kat dapur dari pagi buat sarapan, tengahri utk lunch, sampailah ke malam.

Tapi sebenarnya mak-mak ini kalau bab cuci sayur memang cerewet sikit kan sebab sayur ni sebenarnya penuh dengan bahan kimia yang digunakan untuk mengelakkan sayur dari dimakan serangga yg merosakkan daud tersebut.

Korang bayangkan seranggapun tak nak sebab takut mati kerana daun yang ada bahan kimia apatah lagi kita nie.

Dan lagi satu, sayur yang daunnya dah kecut dan layu  pun boleh kembali segar.

Untuk itu Basic H kan ada dan mudahkan keje kita. Tak payah buang sayur tu tau.

Ikuti cara-caranya seperti dibawah, ini cara akak yea :

1. Sayur dicuci sehelai demi sehelai menggunakan air paip untuk membuang segala kotoran yang melekat pada daun mahupun pada batangnya.
(pssstt 🙏Sayur tu da lama dlm peti hihi ingat nak buang dah tapiiiii)

2. Tadahkan air pada bekas yang sesuai.

3. Titiskan 2 - 3 basic H ke dalam bekas yang mengandungi air

4. Masukkan sayur yang telah dibersihkan tadi

5. Biarkan sementara (5 - 10minit)😯

6. Keluarkan sayur tadi kebekas lain dan sila lihat apa yang tertinggal didalam bekas rendaman tadi.

7. Kemudian bilas sayur dengan air bersih

8. Tadaaa Sayur yg layu nak dibuang dah kembali segar boleh lah dimasak

Nak try boleh wassap akak liza terus atau click disini

Wassap : 60136611789
Call : 0107171658
IG : syliez
FB : Azliza Johari




Tuesday, 10 October 2017

Kisah Lahirnya Wildan Syurga Umi Walid 3

Bismillah

13hb Oktober 2017, genaplah 100 hari pemergian wildan kami.
Rentetan dari cerita sebelum ini Qisya telah dimasukkan ke HDW yang mana bilik ini umie dan walid hanya boleh datang untuk melawat sahaja tidak boleh jaga Qisya 24jam, tak boleh mendakap Qisya 24jam, tak boleh menyusukan Qisya semua tak boleh.



Qisya dipuasakan selama beberapa hari dan setiap hari jugalah umie dan walid datang untuk berjumpa Qisya. Setiap kali tatap wajahmu sayang, umie tahu sayang dalan kesakitan tapi sayang tak mampu untuk menangis, sayang kuat untuk bertahan selama mana sayang mampu.

Allah siksanya dia ketika itu, tangan dan kaki ditebuk dan dimasukkan jarum, mulut dimasukkan saluran pernafasan, dihidung dimasukkan tiub untuk susu, di badan penuh dengan wayer yang berselirat.
Hati ibu mana yang mampu duduk diam dan tersenyum gembira tatkala anak didalam keadaan tenat ketika itu. Setiap kali datang melawat setiap kali itulah air mata kami tumpah.

Umie redha sayang andai Allah ambil anak umie.
Setiap petang umie datang dan petang yang terakhir umie datang untuk melihat Qisya, umie membaca surah yassin untuk Qisya, umie baca disisimu sayang. Umie dapat lihat mata Qisya bergerak, tangan Qisya mengengam erat jari umie sesekali Qisya buka sedikit mata untuk melihat umie dan walid.
Kalau lah umie tahu itu adalah petang terakhir anak umie dimukabumi ini, umie tak akan balik malam itu. Allahuakbar itulah yang dinamakan takdir Allah untuk kita.

06.07.2071

Hari ini umie bawakan selimut untuk Qisya sebab umie nak tukar selimut baru. Tengahari walid nak datang melawat Qisya dan hantar selimut tapi tak kesampaian.

Detik 12.00 tengahari ketika umie dikantin tempat kerja untuk makan tengahari, umie dapat panggilan dari walid, doktor panggil kami untuk segera ke hospital.
Ya Allah dugaan apakah ini.. Sepanjang perjalanan ke hospital, air mata umie tak berhenti mengalir, hati umie seperti ditikam, sakit, pedih, perit seperti dapat rasakan apa yang akan berlaku disana.

12.40 umie sampai dihadapan HDW, umie terus masuk ke dalam. Umie dapat lihat skrin dikatil Qisya tertutup rapat. Doktor terus datang kepada umie menyatakan yang Qisya tak dapat diselamatkan lagi. Waktu itu kaki umie terasa longlai tak boleh berdiri, terasa tak bermaya, mata umie berpinar dan kabur. Yang umie rasa, walid memeluk umie seeratnya dan kami menangis tanpa rasa malu.

Umie pergi ke katil Qisya, mata anak umie tak tertutup rapat. Umie tahu, Qisya menunggu kedatangan umie dan walid tapi umie tak sempat memangku Qisya disaat akhir hayat Qisya. Itu yang umie ralat sampailah saat ini. Banyak persoalan yang masih terbuku dihati umie.

Hari terakhir Qalesya di HDW


Badan anak umie ditebuk dirusuk kiri dan kanan, alasan doktor paru-paru Qisya bocor dek kerana jangkitan kuman yang tak mati-mati tu. Entahlah..
Dipangkal peha kiri ditebuk dimasukkan jarum untuk mengambil sample darah setiap 6jam.. Dipangkal sebelah kanan pula jarum untuk antibiotik. Usaha seorang doktor untuk menyelamatkan Qisya.


Umie cium Qisya semahunya, pipi Qisya sejuk, muka Qisya sepeti sedang tidur. Umie diminta keluar kerana doktor dan misi nak menguruskan jenazah anak umie, nak bukak wayer dan stopkan bantuan oksigen katanya.
Sementara itu umie pergi kesurau untuk solat zohor. Umie redha dengan pemergianmu sayang.

20 minit kemudian umie dipanggil untuk masuk kembali. Ketika itu tangan dan kaki Qisya dah diikat dan diselimut dengan kain putih hospital. Mata anak umie tetap terbuka ketika itu. Umie bacakan yassin untuk anak umie. Umie sayang Qisya. Ramai kawan-kawan umie datang untuk melawat Qisya buat kali yang terakhir.

Lebih kurang 4.15petang jenazah Qisya diambil oleh pengurus rumah mayat untuk didaftarkan. Umie ikut Qisya ke bilik mayat, umie tak sanggup nak biarkan Qisya keseorangan untuk kali terakhir Qisya bersama umie.

Selepas azan Asar, jenazah Qisya dibenarkan dibawa pulang kerumah nenek. Sesampainya umie dan walid dirumah nenek, ramai sangat tetamu datang untuk melihat jenazah Qisya buat kali terakhir.

Umie baringkan Qisya diatas tilam yang selalu Qisya tidur. Umie bukak tutupan muka Qisya, mata Qisya terpejam rapat dan umie nampak Qisya tersenyum. Allahuakbar penghuni syurgaMu gembira untuk pulang semula kepadaMu.

Umie bukak ikatan ditangan dan kaki, umie buang kapas yang menutup lubang kesan tebukkan ketika dihospital, umie selimutkan dengan kain putih. sedayanya umie menahan air mata ketika itu. Umie tak mahu anak umie sedih bila kita berpisah.
Umie baringkan Qisya diatas kain di dalam bilik air dan umie siram badan Qisya dari hujung rambut sampai kehujung kaki. Lama anak umie tak dapat mandi macam ni kan. MasyAllah lembut tangan, kaki dan seluruh badan anak umie. Umie sabun seluruh tubuhmu sayang dengan lembut. Umie takut anak umie sakit. Allahuakbar banyaknya kesan-kesan lebam pada badan anak umie. Maafkan umie sayang.



Siap semua dikapan seorang demi seorang mencium pipi dan dahi mu ketika itu. Umie, walid, abang, kakak, atuk, nenek, pakcik makcik semua mencium Qisya. Kemudian anak umie disolatkan dengan segera kerana hampir senja ketika itu.

Umie dakap anak umie semahunya seperti tak mahu melepaskannya. Ketika itu terasa kaki ini begitu longlai untuk melangkah membawamu ke tanah perkuburan tetapi kugagahi jua.
Sesampai ke tahan perkuburan, walid mengambil jenazah anak umie dari dakapan umie untuk ke liang lahad. 

Setiap langkah kurasakan berat tetapi ianya perlu diteruskan untuk melihat sendiri anak umie disemadikan. 

Walid membuka tali ikatan anak umie satu persatu dan memasukkan jenazah anak umie ke dalam liang lahad, kemudian mengiringkan jenazah anak umie menghadap kiblat. umie dapat lihat muka anak umie seperti sedang tidur nenyak di bawah sana. Allahuakbar 
Umie lihat walid tak berdaya untuk meneruskannya, walid terlampau sedih tetapi hamba Allah yang lain membantu meneruskannya sehingga anak umie hilang dari pandangan mata kami semua. 

ciuman terakhir 

Al-Fatihah untuk Shariffah Nur Qalesya binti Syed Mohd Yasser
Wildan umie walid menanti kami dipintu Syurga Mu ya Allah

Bersemadilah dikau disyurga firdausi





Kisah lahirnya Wildan Syurga Umie Walid


Bismillahirahmanirrahim. Allah titipkan kekuatan buat diri ini setelah beberapa bulan ianya berlalu namun pengalaman pertama dan terakhir ini tidak mungkin dilupakan sama sekali. 


Alhamdulilah anak yang kami nantikan selama hampir 7 tahun kini telah selamat dilahirkan melalui proses pembedahan.


Rentetan cerita dari Umie Qisya
Tanggal 26.2.2017 pukul 10.00pg sampailah kami di bilik saringan di HSI. Pada waktu tu tiada rasa sakit walaupn sikit sewaktu serah diri, almaklumlah dah lewat 10 hari dari due yang sepatutnya 16.2.2017. Sebelum masuk ke bilik saringan misi di kaunter mengarahkan saya terus masuk untuk pemeriksaan. Didalam bilik saringan doc pakar perbidanan yang memeriksa saya kata baby kecil. Oleh kerana dah lewat 10hari doc memasukkan ubat.

Setelah ubat dimasukkan saya ditolak masuk ke wad. Dalam pukul 11.30pg terasa contraction yg kerap, saya diperiksa oleh doc dan misi untuk melihat dah ada jalan ataupun belum. Menurut misi bukaan baru 2cm dan perlu pecahkan air ketuban untuk membantu kelahiran.


Pada waktu itu saya berserah je pada Allah mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.
Di LR, 3 orang doctor cuba untuk pecahkan air ketuban tapi malangnya sorangpn tak berjaya kerana sarungnya agak tebal. Dengan segera doc kata saya kene operate sebab takut baby termakan najis. Kamipn bersetuju untuk operation dan beberapa borang ditandatangani.

2.00pm saya di bawa ke OT, pengalaman pertama bersalin secara operation nie. 2 kali dicucuk di tulang belakang untuk bius separuh badan. Waktu itu Allah sahaja dalam fikiran. Alhamdulilah 2.38pm terdengar suara tangisan bayi comel yang beratnya hanya 2.07kg sahaja. 

Bayi perempuan kami selamat dikeluarkan tetapi kami tak dapat mendakapnya kerana bayi kami ada masalah dan terus dimasukkan ke NICU. Saya dihantar ke wad setelah selesai operation tanpa bayi disisi. Tiba di wad ramai yang telah menanti saya tetapi malangnya bayi kami tak ada sekali.

Suami pergi ke NICU untuk mendapatkan kepastian apakah masalah bayi kami. Bayi kami adalah bayi istimewa yang mempunyai masalah jantung berlubang. Jantung berlubang tersebut dianggarkan 6cm & 2cm sangat besar bagi bayi yang baru lahir. Doctor kata ianya boleh dibedah jika beratnya sehingga 4kg nanti. Hati kami rasa lega mungkin apa yang dikatakan itu ada benarnya.

Pada 28.2.2017 saya telah dibenarkan pulang kerumah tetapi anak syurga kami tidak dapat sama-sama pulang. Saya dibawa suami untuk melihat anak syurga yg comel di NICU sebelum pulang. Menitis air mata ini bila melihat anak syurga kami berada di bawah 4 lampu dalam keadaan yang sangat lemah, wayer disana sini dan hanya memakai pampers sahaja. Ya Allah hebatnya dugaanMu untuk kami. Anak syurga kami dinamakan Shariffah Nur Qalesya dan nama manja nya adalah Qisya.


Pada waktu itu doctor menerangkan anak syurga kami menghidapi jaundis, jantung berlubang dan sindrome down. Kami redha segala apa yang telah Allah berikan pada kami. Hanya insan bertuah saja yang Allah pilih untuk anak syurga ini.

Hari demi hari kami berulang ke hospital untuk menghantar susu badan sebab Qisya sudah boleh disusukan. Maka setiap hari lah kami dapat melihat insan comel yang berada dibawah jagaan doctor dan misi di NICU.

Alhamdulilah detik-detik indah pada 30.3.2017 kami dapat membawa pulang bayi kami. Inilah wajah bayi kami yang comel.
Shariffah Nur Qalesya 1 bulan

 Selama sebulan berada dirumah dibawah jagaan saya sendiri ketika itu saya masih lagi didalam pantang tapi pada 23.4.2017, saya dapati pernafasan Qisya laju dan saya bawanya ke hospital untuk pemeriksaan. Qisya di tahan kerana nafas laju serta terdapat jangkitan kuman pada paru-parunya. Selama 10 hari saya bersama Qisya di hospital sehingga dapat balik ke rumah pada 1.5.2017. Alhamdulilah Qisya semakin sihat dan cerdik pada waktu itu. 

Pada 3hb Mei 2017, umie terpaksa tinggalkan Qisya kerana umie dah mula bekerja. Rindunya pada anak umie tak terkata kerana kene berpisah walaupun hanya 8-9jam. Beginilah seterusnya sehingga...

Click disini untuk kisah seterusnya




Thursday, 21 September 2017

Kisah Lahirnya Wildan Umie Walid 2

Bismillah.
Sambungan kisah lahirnya wildan kami Shariffah Nur Qalesya.

Setelah keluar dari hospital untuk yang ke dua kalinya, umie bawa Qisya ke klinik untuk mengambil imunisasi 2 bulan yang mana setelah Qisya disahkan sihat oleh doctor di hospital. 


26.6.2017, Qisya telah 4bulan dan berat Qisya semakin meningkat ke 4kg. Qisya semakin sihat dan semakin ceria ketika ini. Hari-hari yang dilalui sungguh membahagiakan kami sekeluarga. Qisya seorang bayi comel yang tidak banyak kerenah kecuali kalau umie lambat bagi susu, Qisya merengek dan kemudian menangis tanpa henti sehingga umie dan walid memujuk dengan mendukung dan memeluknya baru Qisya diam dan mahukan susu. Teringat satu malam Qisya bangun nak susu, umie dan walid tak sedar sehingga Qisya menangis dengan kuat sekali. Bergegas kami bangun memujuk tetap Qisya tak mahu susu. Kami tak tahu rupanya itu lah kali terakhir Qisya menangis bersama kami malam itu. Qisya sakit, Qisya tak pandai nak bagitahu umie dan walid, Qisya hanya menangis dan terus menangis. Pada waktu itu badan Qisya panas. Umie dan walid minta maaf sebab kami tak menjaga Qisya dengan sempurna sehingga Qisya demam. Demam Qisya mencecah 38.7C pada malam itu, kain lembab umie letak di bawah ketiak belakang badan dan ditengkuk Qisya. Setiap jam umie ambil bacaan suhu Qisya sehinggalah suhu badan Qisya turun. Qisya boleh menyusu seperti biasa dan tak demam lagi. 



Tapi rupanya sejak dari itu demam Qisya on off, bila diberi ubat dia berpeluh kemudian akan panas semula. Sehinggalah pada 9.6.2017 Jumaat, umie dan walid membawa Qisya ke klinik swasta untuk memeriksa demam yang on off dan doctor mengambil sample darah. Doc di klinik tersebut mengesahkan terdapat jangkitan kuman pada darah Qisya yang menyebabkan demamnya on off. So doc membuat satu surat untuk refer ke hospital untuk rawatan seterusnya. Disana doctor memeriksa Qisya dan x-ray dilakukan dan didapati ada sedikit jangkitan kuman pada paru-paru Qisya. Waktu tu bulan puasa tetapi umie minta doctor untuk pulang dan tak mahu Qisya di tahan di wad. Doc membenarkan Qisya pulang dengan berbekalkan ubat antibiotik. Ini adalah kesilapan yang paling besar umie dan walid lakukan kerana tidak mahu Qisya ditahan dihospital.


Qisya Demam

Seperti biasa dirumah umie menjaga Qisya seperti biasa dan pada waktu kerja walid akan menghantar Qisya ke rumah pengasuh.
Akan tetapi Qisya mula batuk dan menampakkan pernafasannya semakin laju kerana pengiraan degupan jantungnya didalam 1 minit melebihi 70 kali. Pada malam tersebut umie kira degupan jantung Qisya hanya 40kali dalam 1 minit. Umie rasa sangat-sangat risau kerana umie nampak muka Qisya seperti biru. Allahuakbar, berilah kesembuhan kepada anak syurgaku ini ya Allah. Alhamdulilah Qisya kembali normal, pernafasan masih laju tetapi dan keesokkanya umie dan walid bergegas membawa Qisya ke hospital untuk pemeriksaan. Kebetulan pada 19.6.2017 adalah tarikh appointment Qisya di hospital.


Qisya batuk dan pernafasan makin perlahan

Dalam pemeriksaan, Qisya seperti sukar bernafas dan batuk berkahak, doctor meminta umie dan walid membawa Qisya untuk masukkan oksigen untuk melihat adakah perubahan pada kahak di paru-parunya. Setelah 15 minit kami membawa Qisya berjumpa doctor kembali dan doktor yang memeriksa Qisya memberitahu yang Qisya diminta segera dibawa ke emergency kerana pernafasannya semakin teruk. Kami akur dengan arahan doctor kerana Qisya ada masalah jantung berlubang dan dikhuatiri ianya akan menambahkan lagi kesukaran Qisya untuk bernafas tanpa bantuan pernafasan.


Tiub oksigen dipasang di emergency

Qisya dicucuk ditangan kerana doctor mahu mengambil sample darah, umie pasrah bila mendengar anak umie menjerit kesakitan. umie tahu Qisya sakit tapi umie minta maaf kerana tak dapat bantu Qisya.


Qisya menangis kerana sakit dicucuk

Setelah semuanya selesai Qisya dibawa masuk ke dalam wad untuk rawatan dan pemantauan. Selama seminggu kita berkampung di dalam wad pada waktu bulan puasa. Setiap malam iaitu pada 10 ramadhan yang terakhir umie buat solat istiqarah, solat taubat dan solat hajat memohon agar Allah memberi kesembuhan kepada anak umie dengan sebaik-baiknya.

Ya Allah berikanlah kesembuhan dengan sebaik-baik kesumbuhan untuk anak ku Shariffah Nur Qalesya ya Allah, andainya dia bukan untuk ku aku redha dengan takdirmu ya Allah ya Rahaman ya Rahim. Aku tak sanggup untuk melihatnya setiap hari di dalam kesakitan.




subuh 23.6.2017 jam 6.13am Qisya demam

Hari ini 23.6.2017 selepas solat subuh, suhu badan Qisya meningkat naik dan umie letakkan kain basah dibelakang kepala dan bada Qisya. Setiap beberapa jam oksigen perlu diberikan kepada Qisya untuk memastikan oksigen level Qisya ditahap yang selamat. Seperti biasa rutin harian doctor akan datang memeriksa keadaan Qisya. Sebelum itu umie lap-lapkan badan Qisya dan selepas itu umie pakaikan Qisya baju raya walaupun waktu itu lagi 2 hari nak raya. Umie tak sempat nak ambil gambar Qisya waktu tu hanya nie je yang ada gambar Qisya memakai baju raya yang umie belikan.



Baju raya Qisya

Jam menunjukkan pukul 1.00pm, umie mandi dan tinggalkan Qisya sorang diatas katil. Umie nampak Qisya resah tapi mata Qisya pejam seperti tidur-tidur ayam. Setelah umie solat zohor, umie cuba baring disebelah Qisya dan memeluk Qisya sambil menunggu walid datang selepas solat Jumaat. Qisya nampak gelisah dan sepanjang masa Qisya tidak tidur lena. Umie rasa kepala dan badan Qisya dedar seperti biasa umie akan sukat suhu badan Qisya dan umie dapati suhu badan Qisya 38.6C demam.

Umie bangun terus panggil doctor dan misi untuk check Qisya dan minta diberikan ubat demam. Doctor datang dan mengarahkan Qisya diberikan oksigen dan misi pula sibuk memasang alat di kaki dan tangan Qisya (untuk sukat level oksigen dan tekanan darah).

Umie dukung Qisya, umie pujuk Qisya sebab Qisya seolah menangis dengan tersedu-sedu tapi umie silap rupanya Qisya sesak nafas. Doctor mengarahkan umie keluar dari bilik tersebut dan tunggu diluar. Misi menutup keliling katil Qisya dan umie seperti tak tahu nak buat apa pada waktu tu. Umie menangis semahunya dan call walid tapi umie tak boleh nak cakap apa sebenarnya masalah Qisya pada waktu itu. Tidak berapa lama walid pun sampai dan terus pergi ke bilik tempat Qisya ditempatkan tadi. Walid keluar semula dengan menangis tersedu-sedu dan memeluk umie. Kami berdua menangis dan dalam hati berdoa supaya Qisya selamat dan tidak ada apa-apa yang serius.
Qisya dalam keadaan tenat
Allahuakbar, anak sekecil ini terpaksa mengharungi kesakitan yang kita yang dewasa ini seperti tidak tertanggung melihat keadaannya ketika itu. Umie menangis dan terus menangis tanpa ada rasa malu dah pada ketika itu. kawan-kawan yang berada di dalam satu bilik memujuk umie supaya redha dengan ketentuan Allah dialah sebaik-baik perancang untuk semua ini.

Tiada kekuatan untuk umie teruskan coretan ini. In sha Allah dilain masa umie sambung lagi.

click disini untuk kisah selanjutnya