Tuesday, 9 June 2015

9 TIP Sebelum Hantar Notis Berhenti Kerja

Posted by : Syliez.com

                           

Harini saya ingin kongsikan beberapa tips sebelum kita benar-benar membuat keputusan untuk menghantar notis berhenti kerja. Tips ini saya terbaca di dalam satu majalah yang saya rasa ianya sangat bagus untuk dikongsikan. Mana tau ada yang masih teragak-agak untuk membuat keputusan.

Berhenti kerja untuk bergelar usahawan sepenuh masa atau bekerja secara sambilan, ianya mempunyai cabaran yang berbeza. Namun berhenti kerja dengan tidak ada apa-apa  persediaan sudah tentu cabarannya bukan calang-calang.

Berikut adalah beberapa panduan asas yang boleh dipraktikkan sebelum mengambil keputusan berhenti kerja.

1. Kenalpasti jenis bisnes atau pekerjaan


Sebelum memutuskan untuk berhenti kerja kenalpasti dahulu apa yang kita mahu usahakan. Sama ada bekerja atau mengusahakan bisnes.
Kenal pasti minat, kemahiran dan kepakaran yang boleh anda usahakan berdasarkan apa bidang yang mahu kita ceburi.

2. Tarikh Jangkaan


Berapa lama kita membuat persediaan sebelum menghantar notis kepada majikan? Ia bergantung kepada persediaan kewangan dan juga persediaan asas kita sebelum berhenti kerja. Letak tarikh yang jelas bila kita mahu berhenti kerja contohnya tiga tahun atau lima tahun akan datang. Jadi buka satu buku matlamat dan letak tarikh tersebut dengan jelas.


Ketika masih lagi bekerja, sangat disarankan memulakan apa yang bakal kita lakukan selepas berhenti kerja secara sambilan. Bagusnya ia adalah sumber pendapatan kedua atau sumber pendapatan sebelum kita berhenti kerja. Apabila mengusahakan sumber kedua ini, jangan mengambil satu senpun dari bisnes atau sumber pendapatan terebut. Biarkan ia bergerak dan berkembang dalam satu akaun yang berasingan.

4. Persediaan Kewangan


Secara realistik, tulis semua matlamat kewangan yang perlu kita uruskan semasa masih bekerja. Matlamat kewangan ini harus jelas sama ada dari segi pengurusan hutang, perbelanjaan, pelaburan, tabungan dan sebagainya.
Perbincangan suami isteri membantu memberi matlamat yang baik. Beli buku-buku pengurusan kewangan. Hadiri seminar atau bengkek kewangan peribadi mahupun untuk bisnes sebagai persediaan asas.

5. Berbincang dengan pasangan


Ambil satu ruang khusus untuk berbincang dengan jelas matlamat untuk berhenti kerja dan perancangan selepas berhenti kerja. Cabaran sebelum berhenti kerja itu ada pelbagai, tetapi cabaran selepas berhenti kerja juga tidak dapat dijangka. Minta juga pandangan rakan-rakan yang sudah terlebih dahulu berhenti kerja lima hingga sepuluh tahun ke hadapan. Fokus kepada pandangan yang membina dan juga membuat penyesuaian berdasarkan masalah yang kita hadapi.

6. Mulakan menyimpan


Mulakan menyimpan sejak bekeja. Contoh membiasakan untuk mengumpul sejumlah modal untuk bisnes. Katakanlah kita peruntukkan RM100 sahaja daripada pendapatan ketika masih bekerja. Maka simpan RM100 secara konsisten dalam tabung modal. Jika setahun mendapat RM1200, maka dalam tempoh tiga tahun kita mendapat RM3,600.

7. Kenal pasti pendapatan aktif dan pasif


Pendapatan aktif adalah pendapatan daripada sumber yang membantu kita mendapat hasil secara harian dan berterusan. Manakala pendapatan pasif pula boleh diperoleh daripada tabungan atau bentuk pelaburan yang hanya dilakukan sekali, tetapi pulangan boleh diperolehi berkalu-kali. Contoh pendapatan pasif ialah daripada hasil rumah yang sudah habis dibayar dan kita menerima hasil sewaan sekiranya rumah itu disewakan.

8. Menambah ilmu


Sentiasa fokus untuk meningkatkan kemahiran baru sama ada ilmu bisnes, pemasaran, jualan dan sebagainya. Ilmu baru membantu kita untuk lebih bersedia dan sentiasa tahi untuk membuat penambahbaikkan untuk diri dan juga bisnes

9. Mencari kumpulan sokongan


Berada dalam kumpulan sokongan adalah salah satu cara untuk mendapat pelbagai idea. Sudah tentu kita boleh belajar daripada pengalaman mereka yang sudah jauh ke depan dari segi ilmu, kemahiran dan pengalaman. Cara ini juga membantu kita mendapatkan sokongan dan bimbingan terutama ketika situasi getir dalam bisnes. Apa yang saya praktikkan tentang kumpulan sokongan ini adalah seperti wassap group dan FB group. Selain itu selalu adakan coaching secara santai bersama-sama. 

Semoga ianya memberi manaafat pada semua sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja dan selepas berhenti kerja.

Follow Me : 

IG Hebat dan Sihat
FB : leza Johari
Page : Kelab Hebat dan Sihat
Wassap/wechat : 010 7171658







No comments:

Post a Comment