Sunday, 8 November 2015

Petua keringkan selsema bayi

Posted by : Syliez.com

Apabila selsema melanda bayi kita, pastinya amat merungsingkan apabila bayi kita akan menangis, tidak selesa ketika hendak tidur kerana sukar bernafas.

Sebagai ibu yang bekerja pastinya malam tidak cukup tidur bila terpaksa berjaga malam untuk menjaga bayi yang meragam.

Petua ini telah saya amalkan sejak anak satu lagi. Bahannya sangat mudah didapati iaitu hanya 1 inci kunyit hidup dan sedikit kapur sirih.

Cara-caranya :-

Ambil sedikit kapur dan calitkan di atas papan canai kemudian gosokkan kunyit di atasnya. Apabila kunyit dan kapur telah sebati calitkannya di atas hidung bayi dari dahi ke batang hidung. Selawat kemudian niatkan didalam hati 'kering kapur ini kering la selsema anakku'.( petua dari makku)

InsyAllah

Selamat mencuba 😊😊😊

Wednesday, 7 October 2015

FAMILY DAY DI LEGOLAND

Posted by : Syliez.com



Assalamualaikum semua. 
Harini saya nak share pasal pengalaman saya pergi hari keluarga di Legoland yang ditaja oleh syarikat tempat kerja iaitu World Kitchen Manufacturing.

Pada 16.9.2015 (Hari Malaysia) adalah cuti umum, maka syarikat tempat kami bekerjapun memilih tarikh tersebut dan sangat sesuai walaupun waktu itu jerebu yang agak teruk. Tapi jangan risau kami semua telah dibekalkan seorang satu mask untuk menutup hidung (tapi bila dah kat dalam tu entah kemana peginya)


Jam 7.30am kami semua pekerja berkumpul untuk pendaftaran, yang serononknya ada beberapa keluarga berkelah di perkarangan tempat meletak kereta (santai-santai). Masa nie time posing2 sakan ler uollsss.


Tepat jam 8.30pagi kami diminta untuk masuk ke dalam dewan yang disediakan untuk sessi penerangan tentang keselamatan serta cabutan bertuah serta persembahan dari Ninja apa entah lupa mak nak kikiki (haaa Ninja Kai)


Tepat jam 10.00pagi bermulalah aktiviti bebas kami. Masing-masing dengan keluarga bersantai sampailah ke petang.

Amik ko naik roller coaster sampai muka lebam.. ai jadi photographer je ler yea 


Lepas makan baru la kami berendam di water park tapi sebelum basah kene la snap gambar kenangan dulu.


Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar lain nanti akan dishare pada entry akan datang yea.

Wassalam






Tuesday, 14 July 2015

Resepi Tart Nenas Gebu

Posted by : Syliez.com

                                          Image result for tart gulung nenas gebu

Assalamualaikum semua.
Masih sempat lagi awak semua nak membuat tart nenas gebu ni. Bahan-bahannya simple je taw. Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang kawan lama saya satu ketika dahulu dan tak pernah mengecewakan.

Ok jom kita buat

Bahan-bahannya :-

1 buku butter
1 biji kuning telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2-3 sudu besar susu pekat manis
sedikit pewarna kuning

Bahan untuk Inti
Nenas 
Inci Kuning
Gula
(biasa saya beli je inti nenas ni)

Cara-cara

Pukul telur sedikit dan masukkan butter. Apabila sudah agak kembang masukkan susu dan pewarna kuning serta esen vanilla. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut dan tidak melekat.
Biarkan seketika sebelum dicetak untuk membuat tart.

Selamat mencuba

Monday, 13 July 2015

Biskut Arab simple

Posted by : Syliez.com

Assalamualaikum, harini saya ingin berkongsi dengan anda semua cara-cara membuat biskut arab yang sangat-sangat simple tetapi sedap. Resepi ini telah dikongsikan oleh seseorang kepada saya. Cubalah pasti tidak akan menyesal.

                                Image result for biskut arab

Bahan-bahannya :-

9 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula kastor
Minyak sapi secukupnya (ikut kelembutan yang dikehendaki)

Cara-cara :-

Ayak tepung gandum bersama-sama tepung jagung. Kemudian campurkan gula kastor dan uli dengan minyak sapi sehingga lembut.
Apabila adunan sudah lembut, bulat-bulatkan sebesar ibu jari dan letakkan ceri diatasnya.

Bakar pada suhu 150 C sehingga nampak kekuning-kuningan.

selamat mencuba



Ikan Siakap Sweet Sour untuk berbuka puasa

Posted by : Syliez.com

                                            Image result for ikan siakap sweet sour

Biasa makan kat luar harga boleh tahan kan bila oder menu ni. So saya biasa akan masak sendiri baru rasa puas makan anak- anak dan suamipn suka.

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (yang sedang2 je saiznya)

2 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
1 sb serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk mengoreng


Bahan hiasan

Timun potong panjang

Nenas dipotong dadu
Tomato dipotong dadu


Cara-caranya :-


Ikan siakap sikelar2 kemudian letak garam dan kunyit pada ikan tersebut dan dibiarkan seketika. Bila minyak panas goreng ikan dengan api yang sederhana sehingga kekuningan.


Cara membuat Sos sweet sour :-


Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dihiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan lada blender goreng sehingga garing. Masukkan semua sos mengikut kehendak masing2 kalau nak banyak kuah letak la lebih. Biarkan sehingga naik minyak. Jika sos terlalu pekat boleh lah ditambah air. Kemudian masukkan gula dan garam. Akhir sekali masukkan bahan2 hiasan biar sebentar diatas api. Tuangkan sos tersebut di atas ikan yang sudah digoreng tadi.

Selamat mencuba.


Sunday, 12 July 2015

Corn Flakes Madu Sedap dan Rangup

Posted by : Syliez.com

Assalamualaikum semua..
Resepi membuat Corn Flakes madu rangup ni amat mudah sekali tak payah nak pening2 kepala. Ikut je cara saya nie yea.

Bahan-bahannya :-
1 kotak cornflakes (jenama ikut suka yg penting halal)
6 sudu butter 
6 sudu gula pasir
3 sudu madu

Mangkuk kertas (saya pilih hitam sebab nanti Corn Flakes nampak menyerlah)
**kacang, bijan atau buah campuran boleh juga dicampur (ikut ler suka hati uolss)


Panaskan periuk, masukkan butter dan gula kacau hingga sebati @ gula cair kemudian masukkan madu. Kacau lagi sehingga sebati dan padam api.
Corn Flakes di ramas-ramas agak2 hancur supaya mudah melekat antara satu sama lain.

Kemudian masukkan Corn Flakes kedalam periuk yang ada butter, gula dan madu tadi gaul rata.

Bila sudah rata kesemuanya, sudukan kedalam mangkuk kertas sehingga habis.
Bakar pada suhu 150-200C selama 10minit.

Bila sudah siap dibakar, biarkan sebentar agar sejuk sedikit boleh la dimasukkan ke dalam bekas yang disukai

Selamat Mencuba

Calling2 0107171658
http://syliezwithsupplimenthebat.blogspot.com

Wednesday, 1 July 2015

3 Tips untuk rasa lebih segar

Posted by : syliez.com

Rasa tak bersemangat nak mulakan harimu?
Cuba tip mudah ini untuk buat tubuh kamu rasa lebih bertenaga.

1. Curi Masa Untuk Lelapkan Mata

     Ramai percaya tidur sebentar pada waktu tengahari baik untuk tubuh. Jadi dapatkan tidur secukupnya setiap malam dan curi masa setengah jam ketika waktu lunch di pejabat untuk lelapkan mata agar tubuhmu kembali segar.

2. Minum Air Bersama Hirisan Sitrus

     Sebaiknya minum segelas air dengan hirisan lemon sejurus selepas kamu bangun dari tidur. Ini boleh membantu mengejutkan metabolisme kamu, jadi kamu akan lebih bersemangat untuk mulakan harimu.

3. "Hirup" Lebih Cahaya

     Helah untuk tubuh rasa lebih segar :

Makan sarapan di tepi tingkap. Cahaya yang masuk akan menyekat pengeluaran melatonin, hormon yang memberi isyarat kepada tubuhmu untuk tidur.

Nota kaki : Jadikan Teman Setia!
Simpan chewing gum atau gula-gula pudina dalam beg tangan. Bila rasa mengantuk, makan satu untuk segarkan kembali tubuhmu.

Tuesday, 30 June 2015

Bahulu sedap tanpa mixer

Posted by : Syliez.com

Akak nak share resepi kek minyak mak ngah ni. Memang sedap sebab setiap kali pegi rumah mak ngah mesti ada kek minyak ni. Satu hari aku tanya apa resepi mak ngah sedap betul kek ni. Mak ngah aku jawab selamba je alah bahulu pekak je tu... hahaha bahulu pekak ko dia bg nama. 

Korek pnye korek aku dapat ler resepinya.. sangat mudah dan simple je..

Ok meh cni ahkak nk bgtau bahan2nya :

5 biji telur

1 cawan tepung  [lebihkan sedikit dari gula]
1 cawan gula
1/2 cawan minyak
1 sudu baking powder
1 sudu esen vanilla
Pewarna yg disukai


Cara-cara membuatnya :
Pukul telor dan gula, saya blend je sampai kembang, kemudian masukkan tepung dan baking powder, gaul rata kemudian masukkan 1/2 cawan minyak dan esen vanilla gaul rata.

Asingkan adunan kepada 2 bahagian. Kedua2nya di campur dengan warna kegemaran. Kemudian masukkan pewarna yang disukai berselang seli sehingga menampakkan belang-belang untuk cantik.

Bakar pada suhu 180˚C selama 1/2 jam

Friday, 26 June 2015

5 Petua untuk merawat keputihan

Posted by : Syliez.com

                              Image result for petua-petua untuk merawat keputihan


Ada beberapa petua yang mudah untuk merawat keputihan iaitu :-

Petua 1

Suku gelas daun misai kucing

2 batang tapak sulaiman
suku gengam daun inai
satu jari akar kunci kucing
3 jari gula enau
4 gelas air

Cara membuatnya :

Bahan-bahan ini dirajang dan direbus sehingga air menjadi 3/4 jumlah asal. Minum 3 kali sehari.

Petua 2

Ambil 2 biji delima putih yang masih muda, ditumbuk halus. Campurkan segenggam daun delima putih. Bahan-bahan ini direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas air. Minumlah air rebusan ini selama 7 hari berturut-turut. Jangan makan daging kambing, nenas, air kelapa dan ikan laut.

Petua 3

Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada dimakan mentah atau dicelur, daun yang tua direbus, sejukan dan dibuat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid. Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkan keputihan, menghilangkan gatal dan merengsaan pada bahagian sulit.

Petua 4

Ambil secekak daun pengaga bersama akarnya dan cuci bersih. Kemudian direbus di dalam periuk. Setelah mendidih campurkan sedikit garam dan biarkan suam. Kemudian ambil air rebusan yang suam tersebut dan cuci kemaluan. Lakukan 3 kali seminggu.

Petua 5

Jika tiada masa untuk melakukan semua petua di atas tadi. Anda ada pilihan yang paling cepat dan efficient iaitu mengambil supplement, diperbuat dari 100% bahan semulajadi dan telah terbukti keberkesanannya.

Fungsi supplement


Alfalfa complex bertindak sebagai agen antikulat yang kuat untuk membunuh kulat candida yang merupakan punca utama keputihan

Garlic complex bertindak secara tradisi terkenal dengan sifat anti-oksida dan antikulat yang hebat. Selain daripada itu, ianya membantu meningkatkan imun sistem badan untuk melawan jangikatan kuman. Boleh dikatakan Garlic Complex ini adalah sebagai antibiotik.

Gla complex pula turut diakui boleh membantu mengekang kulat candida daripada merebak dan terus membiak.

Sekiranya ada masalah keputihan, boleh terus click pada supplement yang disebutkan di atas untuk oder.




                               Image result for supplement shaklee untuk keputihan


Beberapa testimoni pastinya membuat anda teruja untuk mencubanya.

                                         Image result for supplement shaklee untuk keputihan

Follow me :

FB : IeZa JOe
IG : Hebat dan sihat
Wassap : 0107171658






Wednesday, 24 June 2015

6 punca keputihan

Posted by : Syliez.com

                    Image result for keputihan

Keputihan yang sering terjadi pada wanita ini berpunca dari 6 perkara. 

1. Kebersihan

Punca utama adalah kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj). Ia perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku. Wanita sentiasa digalakkan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

2. Hormon

Gangguan kesimbangan hormon dalam tubuh boleh juga menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit keputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara seperti rembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.

3. Pengambilan ubat

Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsing menyumbang kepada pertumbuhan mikro organisma patogen seperti bakteria atau kulat.

Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkoordinasi penghasilan hormon yang seimbang. Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turun menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah. 

4. Gaya hidup

Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatannya. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.

5. Masalah Mikroorganisma

Terdapat pelbagai bakteria pada bahagian faraj wanita yang dikenali sebagai bakteria semula jadi. Antara bakteria semula jadi yang sangat berguna pada bahagian faraj dikenali sebagai lactobacillus. Lactobacillus merupakan sumber utama asid lactic yang mengekalkan pH bahagian faraj antara 3.5 hingga 4.6 iaitu dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid ini mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman.

Jangkitan kuman akan berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran, misalnya penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai boleh mengubah persekitaran yang berasid seterusnya membunuh normal flora yang sedia ada. Keadaan ini mendorong kepada pertumbuhan organisma yang lain secara berlebihan sehingga berlaku jangkitan.

Penyakit keputihan berpunca daripada jangkitan kuman terutamanya Gardnerella Vaginalis, Trichomonas Vaginalis dan Candida Albicans.

6. Masalah Kesihatan

Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis lebih mudah mendapat penyakit keputihan. Ini disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yagn rendah atau terjejas seperti penyakit AIDS, barah atau lukemia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

Risiko :

* Masalah kemandulan
* Kehamilan luar rahim
* Kematian

Tunggu di lain entri saya, bagaimana cara mengatasi penyakit keputihan dan adakah vitamin yang boleh membantunya?




Bahaya Diet Tinggi Protein

Posted by : Syliez.com

                              Image result for diet tinggi protein


Hilang berat badan dengan hanya makan stik, burger, keju dan daging? Benar! diet tinggi protein dan rendah karbohidrat mampu membantu dalam mengurangkan berat badan tetapi kita perlu mempertimbangkan risiko sebelum mengambil keputusan untuk melakukan diet ini.

Protein mungkin menjadi setengah daripada kalori seharian kita. Kebanyakan protein tambahan ini datang daripada sumber haiwan seperti daging, telur dan keju. Ini kerana diet sebegini mengelakkan makanan seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apabila kita membuang kabohidrat daripada diet, kita akan kehilangan berat badan. Apabila tidak terdapat karbohidrat tambahan, tubuh mula membakar lebih lemak untuk mendapat tenaga. keadaan ini boleh membawa kepada ketosis yang membuatkan diet lebih mudah kerana anda kurang rasa lapar. Bagaimanapun ketosis boleh menyebabkan sakit kepala, kerengsaan dan loya.

Diet tinggi protein juga menurunkan berat badan kita tetapi memakan terlalu banyak daging berlemak dan makanan tenusu boleh meningkatkan kadar kolesterol dan risiko serangan jantung. Jika kita tidak memakan sayuran dan bijirin, kita akan kehilangan serat dan nutrien penting lain. Diet lebih sederhana yang membuang lemak tetapi tidak terlalu banyak membuang karbohidrat mungkin berkesan dan selamat.

Tips 

* Pilih Daging Tanpa Lemak
Jika memilih daging tanpa lemak, kita akan dapat kesemua protein dengan lemak yang paling kurang. Pilihan terbaik ialah daging putih seperti ayam atau itik. Buang kulit kerana ia penuh dengan lemak tepu.

* Ikan Menawar lemak sihat
Ikan penuh dengan protein dan hampir kurang lemak. Ikan salmon dan tuna adalah pilihan terbaik. Ikan sebegini biasanya memiliki asid lemak omega-3 yang amat baik untuk jantung.

* Sehari sebiji telur
Telur memiliki banyak kolesterol tetapi sebiji sehari selamat untuk individu dewasa yang sihat. Kuning telur memiliki semua kolesterol dan kurang separuh protein. Oleh itu ambil juga putih telur.

* Soya
Tauhu dan makanan berasaskan soya adalah sumber protein berasaskan tumbuh-tumbuhan. Disarankan mengambil SOYA NON GMO yang banyak khasiatnya kerana diperbuat dari bahan semulajadi.

* Makan lebih banyak kacang
Protein secawan setengah kacang bersamaan lebih kurang tiga auns stik yang dipanggang. Serat dalam kacang membuatkan kita kenyang lebih lama dan membantu merendahkan tahap kolesterol LDL atau kolesterol jahat.

* Tambah kalsium Rendah lemak
Susu, keju dan yogurt memberikan protein dan kalsium untuk menguatkan tulang dan menyihatkan jantung. Selain itu pengambilan vitamin juga penting untuk membantu MENGUATKAN TULANG dan MENYIHATKAN JANTUNG.

* Pilih Bijirin Penuh
Kebanyakkan diet tinggi protein menghadkan bijirin. Ambillah bijirin penuh. Kita akan mendapat serat dan nutrisi daripadanya.

* Ruang untuk buah dan Sayur
Buah-buahan dan sayur-sayuran amat baik untuk kesihatan walaupun ketika kita sedang mengamalkan diet tinggi protein.

Sekian entry saya
follow me :

FB : IeZa Joe
Page : Rahsia Kekal Sihat & Cantik
IG : Hebat dan Sihat
Wassap : 0107171658


Tuesday, 23 June 2015

2 jenis keputihan yang perlu kita ketahui

Posted : Syliez.com

                           Image result for keputihan fisiologis

Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75 peratus wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual.

Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar hadi. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan.

Jenis keputihan

Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologi dan keputihan patologi. Keputihan yang bersifat fisiologi biasanya normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid)

Lelehan lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair.

Keputihan patologi bersifat lebih kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologi merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologi disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria atau kulat) perlu dirawat.

Saya akan kongsikan pada entri akan datang apakah punca keputihan ini boleh berlaku?

Abai Keputihan Undang Kanser Rahim

Posted by : Syliez.com

                                   Image result for keputihan

Penyakit keputihan merupakan suatu masalah klasik yang dialami oleh semua wanita. Namun gejala dan komplikasi penyakit tersebut adalah berbeza mengikut individu dan tahap kesihatan masing-masing. Jenis keputihan fisiologi yang kerap terjadi pada wanita sihat merupakan gejala normal dan akan pulih secara semulajadi.

Sebaliknya, keputihan patologi diketegorikan sebagai penyakit yang lebih rumit dan perlu rawatan segera. Gejala keputihan patologi disebabkan oleh pelbagai faktor luaran dan dalaman termasuk soal kebersihan diri, kestabilan hormon dalam darah, faktor kesihatan dan gaya hidup yang sihat.

Mikro organisma, sama ada bakteria atau kulat merupakan agen utama agen utama yang terlibat dalam jangkitan faraj. Ciri-ciri klinikal pada setiap pesakit berbeza-beza mengikut jenis kuman yang menyebabkan jangkitan. Namun sekiranya dipandang remeh, semua jangkitan berpotensi untuk menjadi lebih kronik seperti kanser rahim. Wanita hamil mempunyai risiko lebih tinggi mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh rembesan hormon pembiakan yang tinggi dalam badan.

Ramai wanita yang menyesal kemudian apabila berlakunya insiden yang tidak diingini akibat daripada jangkitan tersebut. Penting wanita untuk sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan bebas daripada jangkitan faraj demi kehidupan yang bahagia.

Berjumpa dilain entri mengenali apa itu keputihan??




Sunday, 21 June 2015

Tips ringkas elakkan GEMUK ketika Mengandung

Posted by : Syliez.com

                                    Image result for mengandung

Kebanyakan ibu mengandung akan risaukan hal ini. Jangan risau menjadi GEMUK ketika mengandung. Itulah lumrahnya. Paling tidak, kamu akan naik berat badan. Jangan risau untuk makan. Makan apa saja yang kamu mahu, TETAPI elakkan makanan berminyak dan tinggi kolesterol. Apa yang boleh kamu buat adalah makan secara kerap tetapi pilihlah snek yang ringkas dan sihat. Sebagai contoh, kamu boleh mengambil kekacang tanpa garam atau buah-buahan kering. Kamu boleh juga bawa bijirin segera ke pejabat yang mudah dibancuh.

Selain di atas vitamin ini juga dapat membantu kamu :-

penangan set hamil dan berpantang
Tips Hilangkan Buncit Selepas Melahirkan

Follow me :

IG : Hebat dan Sihat
Page : Rahsia Kekal Sihat & Cantik
FB : IeZa Joe
Wassap : 0107171658


6 cara penjagaan wajah sebelum Syawal menjelma

Posted by : Syliez.com

                                     Image result for perubahan wajah tua dan muda

Kulit muka yang tidak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal dari sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Kerosakan kulit terjadi kerana kamu kerap menegangkannya tetapi tidak membersihkannya dengan sempurna, tidak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari.

1. Minum air sebanyaj 8-10 gelas sehari untuk mengekalkan kelenbapan kulit.

2. Sebelum tidur, basuh muka dengan air bersih. Kekotoran dan bakteria yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa cuci muka selepas beriadah ataupun bersenam.

4. Amalkan tiga langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan kamu melindungi kulit dari sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung mata SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Jika kamu mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut kamu buat.

Sekian perkongsian kali ini

Follow me
IG : Hebat & Sihat
FB : IeZa Joe
Page : Rahisa kekal sihat & cantik
Wassap : 0107171658

Tuesday, 16 June 2015

Shaklee Yes Program ~ Young Entrepreneur System

Posted by : Syliez.com

Assalamualaikum

                                         Image result for yes programme shaklee

Saya nak share satu program baru yang telah diumumkan oleh Sheklee adalah 'YOUNG ENTREPRENEUR SYSTEM' atau nama singkatannya kita panggil YES. Ianya telah diumumkan pada 1hb May 2015 dan akan berakhir pada Oktober 2015.
Mesti ramai yang masih tertanya-tanya dan kurang faham akan program inikan?

Sebenarnya ada 5 perkara yang perlu kita tahu iaitu insentive didalam program YES ini :-

1.Dengan mendaftarkan diri sebagai ahli selayaknya anda akan menerima sebotol Vita-Lea yang berharga RM88.75 secara percuma

2. Dengan mendaftar ahli baru seramai 6 orang anda layak mendapat bayaran bonus sehingga 100%

3. Anda juga layak mendapat bonus naik pangkat jika berjaya maintain kedudukan dipangkat tersebut

4. Pembelian pakej YES selayaknya menerima diskaun sebanyak 5% dengan point yang lebih banyak :


Set-set YES program adalah seperti :-

2. Post Natal Set


5. Matching bouns insentive jika anda maintain tiap-tiap bulan akan menerima bonus melebihi RM500 

Tujuan program ini di anjurkan adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda di kalangan belia remaja disamping membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat Malaysia.

Nota kaki :

Maintain selama 13 bulan dengan cemerlang Shaklee pasti akan menjadi kerjaya tetap anda dengan habuan yang sangat-sangat lumayan.

Untuk berjaya berusaha tanpa jemu, mencari ilmu tiada penghujung, tidak pernah mengenal erti kegagalan serta Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.



                                               Image result for yes programme shaklee

Berjumpa kita di lain entri.. boleh hubungi saya di talian dibawah melalui wassap, wechat dan msg :-

 Tel : 0107171658
 FB : Ieza Joe
 Page : Kelab Hebat dan Sihat
 IG : Hebat dan Sihat





Shaklee National Conference 2013/2014

Posted by : Syliez.com



Tarikh 23.11.2013  aku telah mendaftar sebagai ahli Shaklee yang atau lebih dipanggil SID (Shaklee Indipendent Distributor) yang mana tidak pernah terfikir untuk aku menceburi bidang MLM ini setelah sekian lama ianya berkubur dari kotak fikiran aku. Bukan kerana apa, pengalaman aku di dalam MLM ini telah lama sejak habis sekolah lagi aku telah diperkenalkan dengan dunia MLM akan tetapi tidak satupun menjadi.

Di dalam dunia Shaklee ini apa yang membezakannya adalah ukuwah antara kami semua sama ada yang baru dikenali ataupun yang telah mengenali antara satu sama lain. Kami seperti sebuah keluarga yang besar, saling bantu membantu, dapat menimba ilmu bersama-sama dan berkongsi pendapat serta pengalaman masing-masing dalam mempertingkatkan mutu kita semua sebagai pengedar Shaklee atau SID-pro.

Tanggal 5.5.2015, aku menerima email dari Shaklee yang menyatakan aku layak menerima satu anugerah iaitu 'Leadership Consistency 21% Achiever'. Pada saat itu rasa macam tidak percaya kerana apa yang aku buat ada ganjarannya yang diberi oleh syarikat Shaklee.

Pada 6.6.2015, tiba masa aku berangkat ke Kuala Lumpur untuk pergi ke majlis penganugerahan tersebut. Pada malam tersebut ada majlis makan malam untuk kami semua. Kami dihidangkan dengan berbagai jenis lauk pauk dan diberi hiburan pentas yang tidak kurang hebatnya. Terima kasih kepada Shaklee kerana meraikan kami semua.

Pada 7.6.2015, aku telah menerima anugerah untuk naik kepentas bersama-sama rakan-rakan lain. Pada masa itu hati berbunga-bunga gembira sangat-sangat bila suami tercinta sudi menemani aku dari awal hingga akhir majlis.

Perkongsian dari Master-master hebat Shaklee, aku dengari satu persatu. Kalau dia boleh kenapa aku tidak? Persoalannya sekarang, apa yang diterima adalah setimpal dengan usahanya. Aku? Aku pasti boleh! Satu hari akan kugapai ianya menjadi kenyataan.

Sekian coretan aku pada kali ini.







Wednesday, 10 June 2015

Shaklee Eye Treatment

Posted by : Syliez.com



Apa kelebihan apabila menggunakan Eye Treatment Shaklee??

Semestinya tiada lagi garis-garis halus dan kedutan yang ketara.

1 tiub eye treatment mengandungi 14ml

Memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap.

Terbukti berkesan secara klinikal :-

233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu


Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu. Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit lembut di sekitar mata. Sesuai juga untuk bahagian leher dan bibir.

Hipoalergenik dan telah diuji oleh pakar oftalmologi serta selamat untuk pemakai kanta sentuh.

Sekian sahaja perkongsian saya mengenai Eye Treatment Shaklee.
Harganya sangat berpatutan setanding jenama terkenal dan mampu dimiliki oleh setiap wanita.

Follow me :-

IG : Hebat dan Sihat
Page : Kelab hebat dan sihat
FB : Ieza Joe
Wassap / Wechat : 0107171658

Click untuk mengetahui harganya EYE TREATMENT SHAKLEE