Posted by : Syliez.com

Sebenarnya untuk kekal cantik tidaklah sesukar mana. Usah cepat membuang wang melakukan pelbagai prosedur kecantikan mahupun membeli produk yang mahal. Rawatan kecantikan serta produk hanya bantuan sampingan kerana untuk cantik dalaman serta luaran kita mesti mulakan dari diri kita sendiri.
Tabiat yang baik, ketenangan jiwa dan pemikiran positif antara faktor yang akan menyerlahkan aura kita. Jom bongkar tip mudah untuk jadi wanita anggun!
Displin
Set minda kita untuk tampak hebat dan menjaga kecantikan secara semula jadi. Motivasi diri setiap hari dan senaraikan usaha yang akan kita sendiri lakukan. Pastikan kita disiplin melaksana segala usaha tersebut. Untuk langsing dan cantik, kita mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan usaha berterusan.
Sauna
Ini cara mudah yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan peluh sekali gus memecahkan lemak degi, membantu menurunkan berat badan dan membuang toksin. Sauna juga boleh mengatasi masalah bau badan. Kita boleh memilih untuk melakukan sauna herba, tradisional mahupun cara moden menerusi FIR sauna. Sauna bukan sahaja baik untuk kecantikan tubuh dan dalaman malah ia juga dapat meningkatkan tahap kesihatan.
Detoks
Kini terdapat variasi resepi minuman khusus untuk detoks agar ia dapat membersihkan dalaman tubuh dan membantu proses pencernaan. Perahkan sebiji lemon di dalam gelas air, kemudian letakkan sehelai daun pudina. Biarkan semalaman di dalam peti ais, minum keesokan pagi sebaik sahaja bangun tidur atau dapatkan vitamin untuk proses pencernaan sebelum tidur setiap malam dan pastinya proses pembuangan pada keesokan pagi akan berjalan lancar.
Tidur Awal
Jangan tidur lambat kerana ia mendorong kita untuk cepat berasa lapar. Tabiat ini juga menyebabkan tubuh keletihan dan mengundang masalah lingkaran gelap di bawah mata.
Tidur awal setiap hari dan pastikan persekitaran di bilik tidur selesa serta bersih. Tidur yang cukup akan membuatkan tubuh berasa lebih segar. Ketika tidur, tubuh akan berehat dan dirawat secara semulajadi. Hasilnya kita akan tampak berseri dan awet muda.
Buang Tabiat Buruk
Makan secara konsisten, jangan makan dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa. Makan sedikit tetapi kerap adalah cara terbaik untuk kekal langsing Pilih makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Zat yang terkandung dalam makanan ini membekalkan nutrien yang mencukupi pada tubuh. Ia juga sangat bermanfat untuk kecaintian, misalnya vitamin E membantu mencerah dan melembapkan kulit kita.
Buang tabiat buruk yang merosakkan kecantikan kita. Elakkan makan makanan ringan dan minuman manis. Jangan sesekali tidur selepas makan dan usah biasakan diri mengunyah mekanan ketika menonton televisyen.
Minum banyak air putih
Elakkan minuman manis dan berais. Amalkan minum air putih dengan banyak terutama ketika bangun tidur dan sebelum tidur. Air yang mencukupi akan membantu proses penghadaman, mengelakkan rasa lapar dan mampu membakar kalori dengan lebih baik. Air yang cukup membuatkan tubuh dan wajah lebih segar.
Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini.
Follow me at :
IG : Hebat dan Sihat
FB : leza Joe
Page : Kelab Hebat dan sihat
Wassap/Wechat : 0107171658
No comments:
Post a Comment