Sunday, 8 November 2015

Petua keringkan selsema bayi

Posted by : Syliez.com

Apabila selsema melanda bayi kita, pastinya amat merungsingkan apabila bayi kita akan menangis, tidak selesa ketika hendak tidur kerana sukar bernafas.

Sebagai ibu yang bekerja pastinya malam tidak cukup tidur bila terpaksa berjaga malam untuk menjaga bayi yang meragam.

Petua ini telah saya amalkan sejak anak satu lagi. Bahannya sangat mudah didapati iaitu hanya 1 inci kunyit hidup dan sedikit kapur sirih.

Cara-caranya :-

Ambil sedikit kapur dan calitkan di atas papan canai kemudian gosokkan kunyit di atasnya. Apabila kunyit dan kapur telah sebati calitkannya di atas hidung bayi dari dahi ke batang hidung. Selawat kemudian niatkan didalam hati 'kering kapur ini kering la selsema anakku'.( petua dari makku)

InsyAllah

Selamat mencuba 😊😊😊