Tuesday, 10 October 2017

Kisah lahirnya Wildan Syurga Umie Walid


Bismillahirahmanirrahim. Allah titipkan kekuatan buat diri ini setelah beberapa bulan ianya berlalu namun pengalaman pertama dan terakhir ini tidak mungkin dilupakan sama sekali. 


Alhamdulilah anak yang kami nantikan selama hampir 7 tahun kini telah selamat dilahirkan melalui proses pembedahan.


Rentetan cerita dari Umie Qisya
Tanggal 26.2.2017 pukul 10.00pg sampailah kami di bilik saringan di HSI. Pada waktu tu tiada rasa sakit walaupn sikit sewaktu serah diri, almaklumlah dah lewat 10 hari dari due yang sepatutnya 16.2.2017. Sebelum masuk ke bilik saringan misi di kaunter mengarahkan saya terus masuk untuk pemeriksaan. Didalam bilik saringan doc pakar perbidanan yang memeriksa saya kata baby kecil. Oleh kerana dah lewat 10hari doc memasukkan ubat.

Setelah ubat dimasukkan saya ditolak masuk ke wad. Dalam pukul 11.30pg terasa contraction yg kerap, saya diperiksa oleh doc dan misi untuk melihat dah ada jalan ataupun belum. Menurut misi bukaan baru 2cm dan perlu pecahkan air ketuban untuk membantu kelahiran.


Pada waktu itu saya berserah je pada Allah mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.
Di LR, 3 orang doctor cuba untuk pecahkan air ketuban tapi malangnya sorangpn tak berjaya kerana sarungnya agak tebal. Dengan segera doc kata saya kene operate sebab takut baby termakan najis. Kamipn bersetuju untuk operation dan beberapa borang ditandatangani.

2.00pm saya di bawa ke OT, pengalaman pertama bersalin secara operation nie. 2 kali dicucuk di tulang belakang untuk bius separuh badan. Waktu itu Allah sahaja dalam fikiran. Alhamdulilah 2.38pm terdengar suara tangisan bayi comel yang beratnya hanya 2.07kg sahaja. 

Bayi perempuan kami selamat dikeluarkan tetapi kami tak dapat mendakapnya kerana bayi kami ada masalah dan terus dimasukkan ke NICU. Saya dihantar ke wad setelah selesai operation tanpa bayi disisi. Tiba di wad ramai yang telah menanti saya tetapi malangnya bayi kami tak ada sekali.

Suami pergi ke NICU untuk mendapatkan kepastian apakah masalah bayi kami. Bayi kami adalah bayi istimewa yang mempunyai masalah jantung berlubang. Jantung berlubang tersebut dianggarkan 6cm & 2cm sangat besar bagi bayi yang baru lahir. Doctor kata ianya boleh dibedah jika beratnya sehingga 4kg nanti. Hati kami rasa lega mungkin apa yang dikatakan itu ada benarnya.

Pada 28.2.2017 saya telah dibenarkan pulang kerumah tetapi anak syurga kami tidak dapat sama-sama pulang. Saya dibawa suami untuk melihat anak syurga yg comel di NICU sebelum pulang. Menitis air mata ini bila melihat anak syurga kami berada di bawah 4 lampu dalam keadaan yang sangat lemah, wayer disana sini dan hanya memakai pampers sahaja. Ya Allah hebatnya dugaanMu untuk kami. Anak syurga kami dinamakan Shariffah Nur Qalesya dan nama manja nya adalah Qisya.


Pada waktu itu doctor menerangkan anak syurga kami menghidapi jaundis, jantung berlubang dan sindrome down. Kami redha segala apa yang telah Allah berikan pada kami. Hanya insan bertuah saja yang Allah pilih untuk anak syurga ini.

Hari demi hari kami berulang ke hospital untuk menghantar susu badan sebab Qisya sudah boleh disusukan. Maka setiap hari lah kami dapat melihat insan comel yang berada dibawah jagaan doctor dan misi di NICU.

Alhamdulilah detik-detik indah pada 30.3.2017 kami dapat membawa pulang bayi kami. Inilah wajah bayi kami yang comel.
Shariffah Nur Qalesya 1 bulan

 Selama sebulan berada dirumah dibawah jagaan saya sendiri ketika itu saya masih lagi didalam pantang tapi pada 23.4.2017, saya dapati pernafasan Qisya laju dan saya bawanya ke hospital untuk pemeriksaan. Qisya di tahan kerana nafas laju serta terdapat jangkitan kuman pada paru-parunya. Selama 10 hari saya bersama Qisya di hospital sehingga dapat balik ke rumah pada 1.5.2017. Alhamdulilah Qisya semakin sihat dan cerdik pada waktu itu. 

Pada 3hb Mei 2017, umie terpaksa tinggalkan Qisya kerana umie dah mula bekerja. Rindunya pada anak umie tak terkata kerana kene berpisah walaupun hanya 8-9jam. Beginilah seterusnya sehingga...

Click disini untuk kisah seterusnya




No comments:

Post a Comment