Monday, 29 January 2018

Kurang Omega 3 punca gemuk?

Bismillahirrahmanirrahim. 

Selamat Petang semua. Insyallah malam ni saya akan share pada semua tentang Khasiat Omega Guard dalam membantu mengurangkan berat badan.


Okey, siapa yang tak nak kurus betul tak? Tapi sebenarnya saiz badan tak menentukan tahap kesihatan kita tau. Kalau kita tengok pada BMI. Bacaan normal ialah  18.5-24.99. Kalau kurang maksudnya underweight dan kalau lebih pulak overweight.




Korang yakin ke, berdasarkan BMI saja kita boleh ukur tahap kesihatan kita?

Sebenarnya, BMI bukanlah kayu pengukur yang tepat untuk ukur tahap kesihatan kita, sebab BMI tak boleh bezakan antara LEMAK & OTOT. Ada orang berat sebab lemak ,tapi ada juga yang berat sebab Otot.

Contohnya para atlit. Atlit angkat berat, atlit bina badan dan lain-lain.

Korang nampakkan atlit-atlit ni badan besar-besar. Kalau semua tu lemak diorang tak akan jadi atlit. Jadi jangan terlalu yakin dengan BMI korang. Mereka yang ada masalah berat berlebihan ni biasanya kekurangan Omega 3 dalam badan 

Nak tau kenapa?

a) BELLY FAT petanda penyakit.


Ada orang kata perut kedepan ni tanda bahagia.

Tapi sebenarnya perut buncit ni memberi gambaran bahawa badan kita ni tak sihat.

Buncit bukan sebab angin ye, tapi sebab lemak yang berlebihan dah terkumpul dengan bahagia perut. Lemak yang tak digunakan dalam badan biasanya akan terkumpul disatu bahagian tubuh.

Contohnya, bahagian perut, peha, pinggul, dan lengan.

[Seterunya ialah Trigliselida.


b)Trigliselida


Ada yang tau ke?

Trigliselida ni ialah lemak dalam darah.

Macam mami Anies cakap tadi lemak dalam organ merbahayakan.

Punca terjadinya lemak dalam organ tu ialah melalui aliran darah ataupun Trigliselida.
Viseral fat! Sangat bahaya
Macam mana boleh ada lemak dalam darah ni?

Lipid adalah sejenis lemak yang terhasil daripada lebihan kalori yang didapati dari makanan. Bila kita makan, badan kita akan gunakan lemak daripada makanan tu untuk keperluan tubuh. Tapi kalau kita makan secara berlebihan akan ada saki baki lemak yang tak dapat diproses oleh badan.

Jadi lemak ni adalah lipid(sisa lemak) yang berada dalam darah.
Lipid ni tadi kalau terlampau banyak akan menyebabkan Trigliselida badan kita tinggi.

Okey..paham tak ? Ni baru cerita pasal punca-punca badan kita gemuk dan lemak-lemak jahat je, lagi takut lemak dalam darah ni, dalam diam je tu..bahaya sebab dia akan bawa ke organ.


Bagaimana Omega 3 dapat membantu kita untuk kuruskan badan?






Thursday, 25 January 2018

Bagaimana Omega 3 Bantu Kuruskan Badan?

Sambungan dari entry bonda yang lepas, kali ini bonda nak share bagaimana omega 3 boleh bantu untuk kuruskan badan?

Dalam Omega Guard ada kandungan asid lemak Omega 3. Omega 3 ni akan bertindak balas dengan sejenis hormon yang dipanggil LEPTIN. LEPTIN akan menyampaikan pada otak untuk kurangkan selera makan.

LEPTIN juga dapat tingkatkan metabolisme badan dengan cara meningkatkan penghasilan tiroid. Tiroid berfungsi untuk mengawal metabolisme didalam tubuh kita. LEPTIN jugak dapat menggalakkan pembakaran lemak untuk hasilkan tenaga.

Kalau badan kita kurang bertindak balas dengan LEPTIN , jadi kesan sebaliknya akan berlaku, sebab tulah pentingnya Omega 3 dalam badan kita ni. Kalau kurang Omega 3 dalam badan jadi lemak-lemak akan membiak dengan mudah.

kerana badan kita tak boleh hasilkan Omega 3 dengan sendiri.

Dalam Omega Guard semestinya ada kandungan Omega3.



Bagaimana caranya Omega Guard dapat bantu turunkan berat badan ?



Walaubagaimanapun tubuh kita juga memerlukan lemak yang berfungsi untuk melindungi organ. Selain tu untuk berikan tenaga pada badan kita.

Musim-musim sejuk ni lemaklah yang bantu untuk tingkatkan suhu badan kita.


Ada 3 cara Omega Guard bantu kuruskan badan :


Omega Guard dapat mengawal rasa lapar dengan cara menstabilkan paras gula.
Kalau gula tinggi dalam badan, kita akan cepat rasa lapar. Jadi Omega Guard    ni dapat bantu stabilkan gula untuk elak kita asyik nak makan je.

Kajian daripada Australia :

Mereka yang bersenam dan amalkan Omega Guard dalam masa yang sama,      lebih cepat membakar lemak berbanding dengan mereka yang hanya bersenam semata-mata.

Kajian daripada Jepun & Czech : 

Omega 3 dapat halang pembentukan lemak hodoh pada badan.





Thursday, 7 December 2017

Tips Menyegarkan Kembali Sayur Yang Layu

Jangan dibuang kalau dah layu!
===========================

Hari-hari minggu ini mak-mak selalunya busy kat dapur dari pagi buat sarapan, tengahri utk lunch, sampailah ke malam.

Tapi sebenarnya mak-mak ini kalau bab cuci sayur memang cerewet sikit kan sebab sayur ni sebenarnya penuh dengan bahan kimia yang digunakan untuk mengelakkan sayur dari dimakan serangga yg merosakkan daud tersebut.

Korang bayangkan seranggapun tak nak sebab takut mati kerana daun yang ada bahan kimia apatah lagi kita nie.

Dan lagi satu, sayur yang daunnya dah kecut dan layu  pun boleh kembali segar.

Untuk itu Basic H kan ada dan mudahkan keje kita. Tak payah buang sayur tu tau.

Ikuti cara-caranya seperti dibawah, ini cara akak yea :

1. Sayur dicuci sehelai demi sehelai menggunakan air paip untuk membuang segala kotoran yang melekat pada daun mahupun pada batangnya.
(pssstt 🙏Sayur tu da lama dlm peti hihi ingat nak buang dah tapiiiii)

2. Tadahkan air pada bekas yang sesuai.

3. Titiskan 2 - 3 basic H ke dalam bekas yang mengandungi air

4. Masukkan sayur yang telah dibersihkan tadi

5. Biarkan sementara (5 - 10minit)😯

6. Keluarkan sayur tadi kebekas lain dan sila lihat apa yang tertinggal didalam bekas rendaman tadi.

7. Kemudian bilas sayur dengan air bersih

8. Tadaaa Sayur yg layu nak dibuang dah kembali segar boleh lah dimasak

Nak try boleh wassap akak liza terus atau click disini

Wassap : 60136611789
Call : 0107171658
IG : syliez
FB : Azliza Johari




Tuesday, 10 October 2017

Kisah Lahirnya Wildan Syurga Umi Walid 3

Bismillah

13hb Oktober 2017, genaplah 100 hari pemergian wildan kami.
Rentetan dari cerita sebelum ini Qisya telah dimasukkan ke HDW yang mana bilik ini umie dan walid hanya boleh datang untuk melawat sahaja tidak boleh jaga Qisya 24jam, tak boleh mendakap Qisya 24jam, tak boleh menyusukan Qisya semua tak boleh.



Qisya dipuasakan selama beberapa hari dan setiap hari jugalah umie dan walid datang untuk berjumpa Qisya. Setiap kali tatap wajahmu sayang, umie tahu sayang dalan kesakitan tapi sayang tak mampu untuk menangis, sayang kuat untuk bertahan selama mana sayang mampu.

Allah siksanya dia ketika itu, tangan dan kaki ditebuk dan dimasukkan jarum, mulut dimasukkan saluran pernafasan, dihidung dimasukkan tiub untuk susu, di badan penuh dengan wayer yang berselirat.
Hati ibu mana yang mampu duduk diam dan tersenyum gembira tatkala anak didalam keadaan tenat ketika itu. Setiap kali datang melawat setiap kali itulah air mata kami tumpah.

Umie redha sayang andai Allah ambil anak umie.
Setiap petang umie datang dan petang yang terakhir umie datang untuk melihat Qisya, umie membaca surah yassin untuk Qisya, umie baca disisimu sayang. Umie dapat lihat mata Qisya bergerak, tangan Qisya mengengam erat jari umie sesekali Qisya buka sedikit mata untuk melihat umie dan walid.
Kalau lah umie tahu itu adalah petang terakhir anak umie dimukabumi ini, umie tak akan balik malam itu. Allahuakbar itulah yang dinamakan takdir Allah untuk kita.

06.07.2071

Hari ini umie bawakan selimut untuk Qisya sebab umie nak tukar selimut baru. Tengahari walid nak datang melawat Qisya dan hantar selimut tapi tak kesampaian.

Detik 12.00 tengahari ketika umie dikantin tempat kerja untuk makan tengahari, umie dapat panggilan dari walid, doktor panggil kami untuk segera ke hospital.
Ya Allah dugaan apakah ini.. Sepanjang perjalanan ke hospital, air mata umie tak berhenti mengalir, hati umie seperti ditikam, sakit, pedih, perit seperti dapat rasakan apa yang akan berlaku disana.

12.40 umie sampai dihadapan HDW, umie terus masuk ke dalam. Umie dapat lihat skrin dikatil Qisya tertutup rapat. Doktor terus datang kepada umie menyatakan yang Qisya tak dapat diselamatkan lagi. Waktu itu kaki umie terasa longlai tak boleh berdiri, terasa tak bermaya, mata umie berpinar dan kabur. Yang umie rasa, walid memeluk umie seeratnya dan kami menangis tanpa rasa malu.

Umie pergi ke katil Qisya, mata anak umie tak tertutup rapat. Umie tahu, Qisya menunggu kedatangan umie dan walid tapi umie tak sempat memangku Qisya disaat akhir hayat Qisya. Itu yang umie ralat sampailah saat ini. Banyak persoalan yang masih terbuku dihati umie.

Hari terakhir Qalesya di HDW


Badan anak umie ditebuk dirusuk kiri dan kanan, alasan doktor paru-paru Qisya bocor dek kerana jangkitan kuman yang tak mati-mati tu. Entahlah..
Dipangkal peha kiri ditebuk dimasukkan jarum untuk mengambil sample darah setiap 6jam.. Dipangkal sebelah kanan pula jarum untuk antibiotik. Usaha seorang doktor untuk menyelamatkan Qisya.


Umie cium Qisya semahunya, pipi Qisya sejuk, muka Qisya sepeti sedang tidur. Umie diminta keluar kerana doktor dan misi nak menguruskan jenazah anak umie, nak bukak wayer dan stopkan bantuan oksigen katanya.
Sementara itu umie pergi kesurau untuk solat zohor. Umie redha dengan pemergianmu sayang.

20 minit kemudian umie dipanggil untuk masuk kembali. Ketika itu tangan dan kaki Qisya dah diikat dan diselimut dengan kain putih hospital. Mata anak umie tetap terbuka ketika itu. Umie bacakan yassin untuk anak umie. Umie sayang Qisya. Ramai kawan-kawan umie datang untuk melawat Qisya buat kali yang terakhir.

Lebih kurang 4.15petang jenazah Qisya diambil oleh pengurus rumah mayat untuk didaftarkan. Umie ikut Qisya ke bilik mayat, umie tak sanggup nak biarkan Qisya keseorangan untuk kali terakhir Qisya bersama umie.

Selepas azan Asar, jenazah Qisya dibenarkan dibawa pulang kerumah nenek. Sesampainya umie dan walid dirumah nenek, ramai sangat tetamu datang untuk melihat jenazah Qisya buat kali terakhir.

Umie baringkan Qisya diatas tilam yang selalu Qisya tidur. Umie bukak tutupan muka Qisya, mata Qisya terpejam rapat dan umie nampak Qisya tersenyum. Allahuakbar penghuni syurgaMu gembira untuk pulang semula kepadaMu.

Umie bukak ikatan ditangan dan kaki, umie buang kapas yang menutup lubang kesan tebukkan ketika dihospital, umie selimutkan dengan kain putih. sedayanya umie menahan air mata ketika itu. Umie tak mahu anak umie sedih bila kita berpisah.
Umie baringkan Qisya diatas kain di dalam bilik air dan umie siram badan Qisya dari hujung rambut sampai kehujung kaki. Lama anak umie tak dapat mandi macam ni kan. MasyAllah lembut tangan, kaki dan seluruh badan anak umie. Umie sabun seluruh tubuhmu sayang dengan lembut. Umie takut anak umie sakit. Allahuakbar banyaknya kesan-kesan lebam pada badan anak umie. Maafkan umie sayang.



Siap semua dikapan seorang demi seorang mencium pipi dan dahi mu ketika itu. Umie, walid, abang, kakak, atuk, nenek, pakcik makcik semua mencium Qisya. Kemudian anak umie disolatkan dengan segera kerana hampir senja ketika itu.

Umie dakap anak umie semahunya seperti tak mahu melepaskannya. Ketika itu terasa kaki ini begitu longlai untuk melangkah membawamu ke tanah perkuburan tetapi kugagahi jua.
Sesampai ke tahan perkuburan, walid mengambil jenazah anak umie dari dakapan umie untuk ke liang lahad. 

Setiap langkah kurasakan berat tetapi ianya perlu diteruskan untuk melihat sendiri anak umie disemadikan. 

Walid membuka tali ikatan anak umie satu persatu dan memasukkan jenazah anak umie ke dalam liang lahad, kemudian mengiringkan jenazah anak umie menghadap kiblat. umie dapat lihat muka anak umie seperti sedang tidur nenyak di bawah sana. Allahuakbar 
Umie lihat walid tak berdaya untuk meneruskannya, walid terlampau sedih tetapi hamba Allah yang lain membantu meneruskannya sehingga anak umie hilang dari pandangan mata kami semua. 

ciuman terakhir 

Al-Fatihah untuk Shariffah Nur Qalesya binti Syed Mohd Yasser
Wildan umie walid menanti kami dipintu Syurga Mu ya Allah

Bersemadilah dikau disyurga firdausi





Kisah lahirnya Wildan Syurga Umie Walid


Bismillahirahmanirrahim. Allah titipkan kekuatan buat diri ini setelah beberapa bulan ianya berlalu namun pengalaman pertama dan terakhir ini tidak mungkin dilupakan sama sekali. 


Alhamdulilah anak yang kami nantikan selama hampir 7 tahun kini telah selamat dilahirkan melalui proses pembedahan.


Rentetan cerita dari Umie Qisya
Tanggal 26.2.2017 pukul 10.00pg sampailah kami di bilik saringan di HSI. Pada waktu tu tiada rasa sakit walaupn sikit sewaktu serah diri, almaklumlah dah lewat 10 hari dari due yang sepatutnya 16.2.2017. Sebelum masuk ke bilik saringan misi di kaunter mengarahkan saya terus masuk untuk pemeriksaan. Didalam bilik saringan doc pakar perbidanan yang memeriksa saya kata baby kecil. Oleh kerana dah lewat 10hari doc memasukkan ubat.

Setelah ubat dimasukkan saya ditolak masuk ke wad. Dalam pukul 11.30pg terasa contraction yg kerap, saya diperiksa oleh doc dan misi untuk melihat dah ada jalan ataupun belum. Menurut misi bukaan baru 2cm dan perlu pecahkan air ketuban untuk membantu kelahiran.


Pada waktu itu saya berserah je pada Allah mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.
Di LR, 3 orang doctor cuba untuk pecahkan air ketuban tapi malangnya sorangpn tak berjaya kerana sarungnya agak tebal. Dengan segera doc kata saya kene operate sebab takut baby termakan najis. Kamipn bersetuju untuk operation dan beberapa borang ditandatangani.

2.00pm saya di bawa ke OT, pengalaman pertama bersalin secara operation nie. 2 kali dicucuk di tulang belakang untuk bius separuh badan. Waktu itu Allah sahaja dalam fikiran. Alhamdulilah 2.38pm terdengar suara tangisan bayi comel yang beratnya hanya 2.07kg sahaja. 

Bayi perempuan kami selamat dikeluarkan tetapi kami tak dapat mendakapnya kerana bayi kami ada masalah dan terus dimasukkan ke NICU. Saya dihantar ke wad setelah selesai operation tanpa bayi disisi. Tiba di wad ramai yang telah menanti saya tetapi malangnya bayi kami tak ada sekali.

Suami pergi ke NICU untuk mendapatkan kepastian apakah masalah bayi kami. Bayi kami adalah bayi istimewa yang mempunyai masalah jantung berlubang. Jantung berlubang tersebut dianggarkan 6cm & 2cm sangat besar bagi bayi yang baru lahir. Doctor kata ianya boleh dibedah jika beratnya sehingga 4kg nanti. Hati kami rasa lega mungkin apa yang dikatakan itu ada benarnya.

Pada 28.2.2017 saya telah dibenarkan pulang kerumah tetapi anak syurga kami tidak dapat sama-sama pulang. Saya dibawa suami untuk melihat anak syurga yg comel di NICU sebelum pulang. Menitis air mata ini bila melihat anak syurga kami berada di bawah 4 lampu dalam keadaan yang sangat lemah, wayer disana sini dan hanya memakai pampers sahaja. Ya Allah hebatnya dugaanMu untuk kami. Anak syurga kami dinamakan Shariffah Nur Qalesya dan nama manja nya adalah Qisya.


Pada waktu itu doctor menerangkan anak syurga kami menghidapi jaundis, jantung berlubang dan sindrome down. Kami redha segala apa yang telah Allah berikan pada kami. Hanya insan bertuah saja yang Allah pilih untuk anak syurga ini.

Hari demi hari kami berulang ke hospital untuk menghantar susu badan sebab Qisya sudah boleh disusukan. Maka setiap hari lah kami dapat melihat insan comel yang berada dibawah jagaan doctor dan misi di NICU.

Alhamdulilah detik-detik indah pada 30.3.2017 kami dapat membawa pulang bayi kami. Inilah wajah bayi kami yang comel.
Shariffah Nur Qalesya 1 bulan

 Selama sebulan berada dirumah dibawah jagaan saya sendiri ketika itu saya masih lagi didalam pantang tapi pada 23.4.2017, saya dapati pernafasan Qisya laju dan saya bawanya ke hospital untuk pemeriksaan. Qisya di tahan kerana nafas laju serta terdapat jangkitan kuman pada paru-parunya. Selama 10 hari saya bersama Qisya di hospital sehingga dapat balik ke rumah pada 1.5.2017. Alhamdulilah Qisya semakin sihat dan cerdik pada waktu itu. 

Pada 3hb Mei 2017, umie terpaksa tinggalkan Qisya kerana umie dah mula bekerja. Rindunya pada anak umie tak terkata kerana kene berpisah walaupun hanya 8-9jam. Beginilah seterusnya sehingga...

Click disini untuk kisah seterusnya