Wednesday, 24 June 2015

6 punca keputihan

Posted by : Syliez.com

                    Image result for keputihan

Keputihan yang sering terjadi pada wanita ini berpunca dari 6 perkara. 

1. Kebersihan

Punca utama adalah kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj). Ia perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku. Wanita sentiasa digalakkan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

2. Hormon

Gangguan kesimbangan hormon dalam tubuh boleh juga menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit keputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara seperti rembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.

3. Pengambilan ubat

Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsing menyumbang kepada pertumbuhan mikro organisma patogen seperti bakteria atau kulat.

Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkoordinasi penghasilan hormon yang seimbang. Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turun menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah. 

4. Gaya hidup

Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatannya. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.

5. Masalah Mikroorganisma

Terdapat pelbagai bakteria pada bahagian faraj wanita yang dikenali sebagai bakteria semula jadi. Antara bakteria semula jadi yang sangat berguna pada bahagian faraj dikenali sebagai lactobacillus. Lactobacillus merupakan sumber utama asid lactic yang mengekalkan pH bahagian faraj antara 3.5 hingga 4.6 iaitu dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid ini mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman.

Jangkitan kuman akan berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran, misalnya penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai boleh mengubah persekitaran yang berasid seterusnya membunuh normal flora yang sedia ada. Keadaan ini mendorong kepada pertumbuhan organisma yang lain secara berlebihan sehingga berlaku jangkitan.

Penyakit keputihan berpunca daripada jangkitan kuman terutamanya Gardnerella Vaginalis, Trichomonas Vaginalis dan Candida Albicans.

6. Masalah Kesihatan

Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis lebih mudah mendapat penyakit keputihan. Ini disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yagn rendah atau terjejas seperti penyakit AIDS, barah atau lukemia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

Risiko :

* Masalah kemandulan
* Kehamilan luar rahim
* Kematian

Tunggu di lain entri saya, bagaimana cara mengatasi penyakit keputihan dan adakah vitamin yang boleh membantunya?




No comments:

Post a Comment