Thursday, 21 September 2017

Kisah Lahirnya Wildan Umie Walid 2

Bismillah.
Sambungan kisah lahirnya wildan kami Shariffah Nur Qalesya.

Setelah keluar dari hospital untuk yang ke dua kalinya, umie bawa Qisya ke klinik untuk mengambil imunisasi 2 bulan yang mana setelah Qisya disahkan sihat oleh doctor di hospital. 


26.6.2017, Qisya telah 4bulan dan berat Qisya semakin meningkat ke 4kg. Qisya semakin sihat dan semakin ceria ketika ini. Hari-hari yang dilalui sungguh membahagiakan kami sekeluarga. Qisya seorang bayi comel yang tidak banyak kerenah kecuali kalau umie lambat bagi susu, Qisya merengek dan kemudian menangis tanpa henti sehingga umie dan walid memujuk dengan mendukung dan memeluknya baru Qisya diam dan mahukan susu. Teringat satu malam Qisya bangun nak susu, umie dan walid tak sedar sehingga Qisya menangis dengan kuat sekali. Bergegas kami bangun memujuk tetap Qisya tak mahu susu. Kami tak tahu rupanya itu lah kali terakhir Qisya menangis bersama kami malam itu. Qisya sakit, Qisya tak pandai nak bagitahu umie dan walid, Qisya hanya menangis dan terus menangis. Pada waktu itu badan Qisya panas. Umie dan walid minta maaf sebab kami tak menjaga Qisya dengan sempurna sehingga Qisya demam. Demam Qisya mencecah 38.7C pada malam itu, kain lembab umie letak di bawah ketiak belakang badan dan ditengkuk Qisya. Setiap jam umie ambil bacaan suhu Qisya sehinggalah suhu badan Qisya turun. Qisya boleh menyusu seperti biasa dan tak demam lagi. 



Tapi rupanya sejak dari itu demam Qisya on off, bila diberi ubat dia berpeluh kemudian akan panas semula. Sehinggalah pada 9.6.2017 Jumaat, umie dan walid membawa Qisya ke klinik swasta untuk memeriksa demam yang on off dan doctor mengambil sample darah. Doc di klinik tersebut mengesahkan terdapat jangkitan kuman pada darah Qisya yang menyebabkan demamnya on off. So doc membuat satu surat untuk refer ke hospital untuk rawatan seterusnya. Disana doctor memeriksa Qisya dan x-ray dilakukan dan didapati ada sedikit jangkitan kuman pada paru-paru Qisya. Waktu tu bulan puasa tetapi umie minta doctor untuk pulang dan tak mahu Qisya di tahan di wad. Doc membenarkan Qisya pulang dengan berbekalkan ubat antibiotik. Ini adalah kesilapan yang paling besar umie dan walid lakukan kerana tidak mahu Qisya ditahan dihospital.


Qisya Demam

Seperti biasa dirumah umie menjaga Qisya seperti biasa dan pada waktu kerja walid akan menghantar Qisya ke rumah pengasuh.
Akan tetapi Qisya mula batuk dan menampakkan pernafasannya semakin laju kerana pengiraan degupan jantungnya didalam 1 minit melebihi 70 kali. Pada malam tersebut umie kira degupan jantung Qisya hanya 40kali dalam 1 minit. Umie rasa sangat-sangat risau kerana umie nampak muka Qisya seperti biru. Allahuakbar, berilah kesembuhan kepada anak syurgaku ini ya Allah. Alhamdulilah Qisya kembali normal, pernafasan masih laju tetapi dan keesokkanya umie dan walid bergegas membawa Qisya ke hospital untuk pemeriksaan. Kebetulan pada 19.6.2017 adalah tarikh appointment Qisya di hospital.


Qisya batuk dan pernafasan makin perlahan

Dalam pemeriksaan, Qisya seperti sukar bernafas dan batuk berkahak, doctor meminta umie dan walid membawa Qisya untuk masukkan oksigen untuk melihat adakah perubahan pada kahak di paru-parunya. Setelah 15 minit kami membawa Qisya berjumpa doctor kembali dan doktor yang memeriksa Qisya memberitahu yang Qisya diminta segera dibawa ke emergency kerana pernafasannya semakin teruk. Kami akur dengan arahan doctor kerana Qisya ada masalah jantung berlubang dan dikhuatiri ianya akan menambahkan lagi kesukaran Qisya untuk bernafas tanpa bantuan pernafasan.


Tiub oksigen dipasang di emergency

Qisya dicucuk ditangan kerana doctor mahu mengambil sample darah, umie pasrah bila mendengar anak umie menjerit kesakitan. umie tahu Qisya sakit tapi umie minta maaf kerana tak dapat bantu Qisya.


Qisya menangis kerana sakit dicucuk

Setelah semuanya selesai Qisya dibawa masuk ke dalam wad untuk rawatan dan pemantauan. Selama seminggu kita berkampung di dalam wad pada waktu bulan puasa. Setiap malam iaitu pada 10 ramadhan yang terakhir umie buat solat istiqarah, solat taubat dan solat hajat memohon agar Allah memberi kesembuhan kepada anak umie dengan sebaik-baiknya.

Ya Allah berikanlah kesembuhan dengan sebaik-baik kesumbuhan untuk anak ku Shariffah Nur Qalesya ya Allah, andainya dia bukan untuk ku aku redha dengan takdirmu ya Allah ya Rahaman ya Rahim. Aku tak sanggup untuk melihatnya setiap hari di dalam kesakitan.




subuh 23.6.2017 jam 6.13am Qisya demam

Hari ini 23.6.2017 selepas solat subuh, suhu badan Qisya meningkat naik dan umie letakkan kain basah dibelakang kepala dan bada Qisya. Setiap beberapa jam oksigen perlu diberikan kepada Qisya untuk memastikan oksigen level Qisya ditahap yang selamat. Seperti biasa rutin harian doctor akan datang memeriksa keadaan Qisya. Sebelum itu umie lap-lapkan badan Qisya dan selepas itu umie pakaikan Qisya baju raya walaupun waktu itu lagi 2 hari nak raya. Umie tak sempat nak ambil gambar Qisya waktu tu hanya nie je yang ada gambar Qisya memakai baju raya yang umie belikan.



Baju raya Qisya

Jam menunjukkan pukul 1.00pm, umie mandi dan tinggalkan Qisya sorang diatas katil. Umie nampak Qisya resah tapi mata Qisya pejam seperti tidur-tidur ayam. Setelah umie solat zohor, umie cuba baring disebelah Qisya dan memeluk Qisya sambil menunggu walid datang selepas solat Jumaat. Qisya nampak gelisah dan sepanjang masa Qisya tidak tidur lena. Umie rasa kepala dan badan Qisya dedar seperti biasa umie akan sukat suhu badan Qisya dan umie dapati suhu badan Qisya 38.6C demam.

Umie bangun terus panggil doctor dan misi untuk check Qisya dan minta diberikan ubat demam. Doctor datang dan mengarahkan Qisya diberikan oksigen dan misi pula sibuk memasang alat di kaki dan tangan Qisya (untuk sukat level oksigen dan tekanan darah).

Umie dukung Qisya, umie pujuk Qisya sebab Qisya seolah menangis dengan tersedu-sedu tapi umie silap rupanya Qisya sesak nafas. Doctor mengarahkan umie keluar dari bilik tersebut dan tunggu diluar. Misi menutup keliling katil Qisya dan umie seperti tak tahu nak buat apa pada waktu tu. Umie menangis semahunya dan call walid tapi umie tak boleh nak cakap apa sebenarnya masalah Qisya pada waktu itu. Tidak berapa lama walid pun sampai dan terus pergi ke bilik tempat Qisya ditempatkan tadi. Walid keluar semula dengan menangis tersedu-sedu dan memeluk umie. Kami berdua menangis dan dalam hati berdoa supaya Qisya selamat dan tidak ada apa-apa yang serius.
Qisya dalam keadaan tenat
Allahuakbar, anak sekecil ini terpaksa mengharungi kesakitan yang kita yang dewasa ini seperti tidak tertanggung melihat keadaannya ketika itu. Umie menangis dan terus menangis tanpa ada rasa malu dah pada ketika itu. kawan-kawan yang berada di dalam satu bilik memujuk umie supaya redha dengan ketentuan Allah dialah sebaik-baik perancang untuk semua ini.

Tiada kekuatan untuk umie teruskan coretan ini. In sha Allah dilain masa umie sambung lagi.

click disini untuk kisah selanjutnya













No comments:

Post a Comment