Wednesday, 1 July 2015

3 Tips untuk rasa lebih segar

Posted by : syliez.com

Rasa tak bersemangat nak mulakan harimu?
Cuba tip mudah ini untuk buat tubuh kamu rasa lebih bertenaga.

1. Curi Masa Untuk Lelapkan Mata

     Ramai percaya tidur sebentar pada waktu tengahari baik untuk tubuh. Jadi dapatkan tidur secukupnya setiap malam dan curi masa setengah jam ketika waktu lunch di pejabat untuk lelapkan mata agar tubuhmu kembali segar.

2. Minum Air Bersama Hirisan Sitrus

     Sebaiknya minum segelas air dengan hirisan lemon sejurus selepas kamu bangun dari tidur. Ini boleh membantu mengejutkan metabolisme kamu, jadi kamu akan lebih bersemangat untuk mulakan harimu.

3. "Hirup" Lebih Cahaya

     Helah untuk tubuh rasa lebih segar :

Makan sarapan di tepi tingkap. Cahaya yang masuk akan menyekat pengeluaran melatonin, hormon yang memberi isyarat kepada tubuhmu untuk tidur.

Nota kaki : Jadikan Teman Setia!
Simpan chewing gum atau gula-gula pudina dalam beg tangan. Bila rasa mengantuk, makan satu untuk segarkan kembali tubuhmu.

No comments:

Post a Comment