Assalamualaikum semua saudara saudari yang mungkin tidak mengenali atau yang telapun mengenali ahkak...
Nama ahkak Azliza Johari panggilan kak L, kak Liza atau kak ija, dilahirkan pada 26 Februari 1972 umur 24tahun (tolong terbalikkan yea), rasanya yang paling tua kot dalam group ni. Mempunyai adik beradik seramai 4 orang, 3 hero dan 1 heroin (ahkak lew tew). Anies tu adik ahkak dari bapak lain. Ni la adik beradik ku....
Dolu-dolu perangai ada gak serupa hero kiki panjat pokok bagai, main parit, tangkap ayam dan mandi sungai... terorr tak ahkak? Habis semua adik beradik hero kannn join ler sekali.
Ahkak sekolah memang tinggi sebab sekolah atas bukit hari2 kene mendaki dengan bawak basikal lagi. Masa tu tahap kegebuan kulit tok sah dipertikaikan lerr sebab memang rentung sebab setiap hari naik basikal. Jauh tu ahkak mengayuh 2km ko. Mau tak rentung kulit ahkk yg memang tak berapa nak gebu ni kan. Nama sekolah tu Sek Men Bukit Pasir namapun bukit kan. Tu cerita zaman kanak-kanak ler. Habis SPM ahkak bekerja di kilang, kilang dan kilang.
hahaha ada ler 2@3 kilang yang ahkak kje lompat2 tak cecuai dengan jiwa dan raga katenyee..Tapi yang last ahkak kje kat sini lew sampai lo ni...World Kitchen ATG (M) Sdn. Bhd. sebuah syarikat pinggan mangkuk jenama Corelle & Corning Ware. Kilang ni memang ahkk suka sebab pinggan mangkuk piuk cecantik kan. hihi. 20tahun yang lepas ahkk mula bekerja sebagai QC Inspector (anak polis kan) tak dpt jadi polis kat kilang pun jadi ler sebagai Insector jgk taw... kikiki jgn mareee
Anak ada 4 orang, seorang hero dan 3 orang heroin. Yang sulong dah 20tahun (hero) belajar di ILP dan tinggal di asrama, no 2, 16tahun, no3, 14tahun dan no4, 12tahun. Masa diaorg kecik dulu semua hantar taska tapi sekarang semua dah pandai jaga diri so duduk lew umah pas habis sekolah. Pepagi biasanya ahkak ni mcm lipas kudung juga memasak untuk bekal en somi dan siapkan makanan tengahari untuk anak2 bukan apa nanti kelaparan pulok balik dari sekool. Biasa ahkak bangun seawal 4@5 pagi setiap hari untuk sediakan semuanya.
Cinta Hatiku
Haa nak tambah lagi sekarang akk keje kilang, angan-angan nak berhenti nak buat Shaklee sepenuh masa. Sekarang akk masih rank sr sup dalam Shaklee angan-angan nak naik sampai ke tahap master. Akak pasti dapatkannya dengan izin Allah..
Kata orang usaha, doa dan tawakal jangan pernah menyerah kalah. InsyAllah segala impian pasti menjadi kenyataan andai kita ada keinginan.. ye dokk??
Apa lagi ek nak cite lagi pasal ahkak ni. Ini je kot ahkak memperkenalkan diri akk. kalau nak tahu lebih lanjut boleh lew letak komen kat bawah tu.... okies assalamualaikum jumpa lagi dilain entri ahkak nanti.....

oh macam tak percaya umur 42
ReplyDeletecantiknyer akak. nk tips :)
ReplyDelete