Saya ingin kongsikan resepi laksa johor yang telah ibu mertua saya ajar. Rasanya memang mantopppp.
Ini bahan-bahan untuk membuat laksa johor :-
Bahan untuk di rebus bersama
Ikan selar kecil - 2kg
Ikan parang - 1/2 kg
Bahan untuk direbus bersama
Ikan bilis yang telah dikopek - 2.00
udang basah buang kulit - 1/2kg ~ 1kg ikut suka
Udang kering - 1/2 cawan
Bahan kisar
Bawang merah besar - 6biji
Bawang putih - 5 ulas
Lada kering - 1 senduk
Halia - 1 inci
Bahan dititik
Lengkuas - 1 inci
Serai - 3 batang
Kerisik
1kg santan pekat
Minyak untuk menumis
Rebuskan ikan sehingga masak kemudian dikisar (tak payah asingkan isi dan tulangpn tapi terpulang la yea kalau rasa sangsi hihihi).
Bila dah hancur masukkan ikan yang telah dikisar ke dalam bekas lain dan biarkan sebentar supaya tulang-tulang ikan akan tenggelam ke bawah. Ambil bahagian atas dan asingkan ke dalam bekas lain manakala yang tertinggal di bawah tu kita tapis airnya sebab itu semua tulang-tulang yang telah tenggelam. Mudahkan tak perlu nak asingkan sekor2 isi dengan tulang. Lotih mak nak kalau nak asingkan bukan sikit 2kg tuuu.
Okey untuk udang dan ikan bilis rebus dan blender dengan air rebusan sekali dan masukkan sekali ke dalam bekas ikan tadi.
Cara-cara
Panaskan minyak dan masukkan serai dan lengkaus yang telah diketuk tadi, biarkan sementara kemudian masukkan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan ikan yang telah dikisar, kerisik dan santan gaul rata. Masukkan garam, gula, asam keping dan serbuk perasa.
Biarkan sehingga didih dan naik minyak dengan api yang perlahan, lagi lama di atas dapur lagi sedap.
Hiasan
Timun
Bawang besar
Daun kesum
Limau sambal
Tauge
Sambal belacan
Lada merah
Belacan (dibakar)
aji
garam
Semua diblender
Sekian saja resepi dari ibu mertuaku..
Selamat mencuba
Sebagai pengetahuan:-
1 hidangan laksa dianggarkan mempunyai 1berat sebanyak 450g. Maka, untuk saiz hidangan 450g, nutritional value dia adalah [ini tidak termasuk vitamin dan mineral] :-
a) Karbohidrat (CHO) : 82.5G [Serat (fiber) : 4.9g]
b) Protein (prot) : 21.1g
c) Lemak (fat) : 1.98g
* Tapi actual content bergantung macam mana kamu masak, kamu sediakan bahan etc.
Berapa jumlah tenaga dalam 1 hidangan laksa?
Sila ingat bahawa
a) 1g karbohidrat = 4 kalori (kcal)
b) 1g protein = 4 kcal
c) 1g lemak = 9 kcal
Maka tenaga yang ada dalam 1 hidangan laksa adalah
a) 77.6g CHO X 4 kcal = 310.4 kcal
b) 21.1g prot x 4 kcal = 84.4 kcal
c) 1.98g fat x 9 kcal = 17.82 kcal
* Bagi mengira tenaga untuk karbohidrat, kita perlu abaikan serat (tolak dengan serat) sebab serat tidak diserap sepenuhnya dalam badan.
IG & fanpage ~ hebat dan sihat
FB ~ Ieza Joe
Liza 0107171658
No comments:
Post a Comment