Friday, 12 September 2014

TIPS MENGHILANGKAN SAKIT KEPALA ATAU MIGRAIN

Assalamualaikum dan selamat pagi buat pembaca blog hebat & sihat.
 
Syukur alhamdulilah kita masih bernafas dibumi Allah ini di pagi Jumaat yang penuh keberkatan.
 
Pada kali ini saya ingin berkongsi cara mengatasi migrain atau sakit kepala dari pengalaman saya sendiri. Mungkin teknik rawatan ini dapat membantu anda yang mengalaminya selama ini.
 
Memang menyakitkan tiba-tiba kepala berdenyut kesakitan membuatkan kita hilang focus terduduk atau terbaring menahan kesakitan.
 
Itulah yang saya alami sebelum ini namun saya tidak berputus asa untuk mencari cara untuk merawatnya. Akhirnya saya menjumpai satu cara mudah untuk menghilangkan masalah ini.

                                          

Caranya memang mudah, ketika baring di lantai, angkatkan kaki anda di atas katil atau tempat tinggi dan biarkan beberapa minit.  Buat secara berperingkat dan tidak terlalu lama supaya otak anda tidak terkejut.
 
Rasionalnya teknik ini ialah ia menurunkan perjalanan darah ke arah kepala kerana salah satu punca migrain adalah kekurangan darah dan oksigen pada bahagian kepala.
 
Teknik ini amat berkesan kepada saya tapi mungkin sebaliknya pada anda. Namun tidak salah jika anda mencubanya. Perkara yang paling penting adalah mencari puncanya dan tidak berputus asa mencari penyelesaiannya.
 
Saya nasihatkan pada anda tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan tetapi carilah makanan tambahan yang dapat membantu kita untuk mengurangkan masalah sakit kepala atau migrain ini.
 
Salah satu makanan tambahan atau vitamin yang amat-amat sesuai dan tiada kesan sampingan adalah product dari Shaklee
 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
 
     
 Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Saya pengedar Sah Shaklee
Azliza Johari
0107171658
Set migrain



No comments:

Post a Comment