Tuesday, 16 September 2014

kisah kais pagi makan pagi kais petang makan petang

37 tahun telah berlalu tetapi kenangan itu tak pernah luput dalam ingatan kami.
Kami mempunyai 4 beradik, 3 lelaki serta aku sorang perempuan. Kami tinggal di Kuala Pilah sebelum berpindah ke Seremban. 
Masih teringat ketika kami bergurau senda bersama arwah abah, adik yang berusia 1 tahun bawahku tercakar lengan arwah abah, luka lengannya. "kalau tak dapat cari kulit abah, nanti abah mati" Kami bertiga hanya ketawa dengan gurauannya. Kalau tak silap aku selepas tu arwah keluar kerana bertugas.

Sewaktu di Seremban dalam tahun 1977 lahirlah adik bongsu kami, tetapi genap sebulan lahirnya adik bongsu kami, sewatu kami sedang nyenyak tidur emak menerima panggilan arwah telah kemalangan jalan raya dan di minta datang ke hospital segera. Pada waktu itu emak dalam pantang. Emak gagahkan diri untuk pergi ke hospital seperti yang diminta dengan menaiki kenderaan polis, kalau tak silap kami di tinggalkan sementara dan di jaga oleh jiran kami.

Rupa-rupanya arwah abah telah kembali ke rahmahtullah pada malam itu juga. Pada keesokkan harinya kami semua telah dibawa ke hospital untuk melihat arwah abah. Jenazah arwah telah dimandi dan dikafankan di sana. Arwah telah di kebumikan di Pantai Morib Banting Selangor (di tempat kelahirannya).

Pada waktu kami kehilangan abah usia abang sulongku baru 7tahun, aku 5tahun, adik lelaki ku 4tahun dan yang bongsu lelaki 1bulan. Bayangkan bagaimana keadaan mak pada waktu itu. Besar betul dugaan mak untuk memebsarkan kami yang masih kecil dan tak tahu apa-apa.

Setelah selesai segalanya, kami terpaksa berpindah ke kampung kami di Muar dan tinggal bersama atok dan nenek. Waktu itu atok dan nenek hanya mengambil upah menoreh getah dikebun orang. Berapalah sangat pendapatannya ibarat seperti 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang', dengan kami yang masih kecil dan abang yang sudahpun bersekolah dalam darjah 1 waktu itu.

Kehidupan kami agak susah waktu tu. Mak terpaksa kerja di sebuah kilang untuk mencari rezeki demi membesarkan kami semua. Berapalah sangat pendapatannya pada waktu itu....
Jika raya kami memang tak merasa memakai baju baru atau kasut baru tapi kami tetap gembira sebab waktu itu kami masih ada insan-insan yang menyayangi dan mengasihi kami iaitu mak, atok dan nenek tetapi sesekali bila dapat baju dan kasut baru alangkah gembiranya kami semua. 

Ingat lagi waktu nak pergi sekolah rendah dulu, kami dibekalkan 20sen, 5sen tambang pergi dan 5sen tambang balik manakala 10sen untuk beli makanan di kantin. Kalau aku lapar, aku beli makanan lebih dan balik dengan berjalan kaki sebab duit tambang tak ada. Jauh juga dalam 1km aku berjalan. Dulu nasi lemak sebungkus 10sen, air aku bawa bekal dari rumah. Haa baru aku teringat rasanya aku pernah menerima bantuan untuk kanak-kanak termiskin dan anak yatim iaitu dapat makanan percuma setiap hari.

Yang paling seronok adalah waktu sukan sebab pasti aku akan bawa balik hadiah yang banyak sebab aku akan masuk semua acara sukan dan semuanya aku menang tak kira la no 1 ke no 2 ke atau no 3 tapi setiap sukan yang aku masuk mesti ada hadiah. terror tak? hahahaha

Setelah usia menginjak remaja, mak aku telah berkahwin lain dan mengikut suaminya berpindah ke Kluang.  Pada waktu itu kami tinggal bersama atok dan enenk di kg. Abangku dapat menyambung pelajarannya ke Politeknik, manakala aku pada usia 16 tahun dapat masuk ke sekolah berasrama. Adik yang no 3 telah bersekolah di Perak kerana di jaga oleh pak cik aku di sana manakala adik bongsu ku masih bersama atok dan nenek di kampung.

Sekarang kami semua telah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri. Alhamdulilah kami semua selalu pulang ke kampung untuk menziarahi mak dan pakcik walaupun tak kerap. 
Kalau boleh aku tak mahu anak-anak aku merasai kesusahan yang pernah aku alami dulu. Cu


Hanya 5 tahun aku merasai belaian kasih sayang seorang ayah yang ku panggil ABAH. Alfatihah buat allahyarham Johari bin Hj. Noor
Kami merinduimu abah.
kasih sayangmu dapat kami rasai hanya seketika. 











No comments:

Post a Comment