Wednesday, 21 September 2016

Bahayakah Anemia atau kurang darah merah?

21 Sept 2016

Syliez.com

Hari ini saya ingin berkongsi sejenis penyakit yang dinamakan Anemia. Mungkin ramai yang tahu apa itu penyakit Anemia, tetapi mungkin tidak ramai yang tahu bahawa diri kita sebenarnya penghidap Anemia. Oleh itu ingin saya kongsikan bagaimana caranya untuk kita mengenali apa itu penyakit Anemia dan apakah simptom-simptomnya.

Anemia

                               Gejala Anemia

Anemia atau lebih dikenali kurang darah terjadi dengan berkurangnya jumlah sel darah atau kandungan hemoglobin (protein pembawah oksigen) di dalam darah.
Hemoglobin (Hb) adalah satu senyawa protein yang membawa oksigen ke dalam sel darah merah. Pengeluaran sel darah merah dihasilkan di sumsum tulang.

Penyebab Anemia dan jenis-jenis Anemia

Anemia terjadi ketika tubuh mengeluarkan terlalu sedikit sel darah merah, kehilangan terlalu banyak sel darah merah atau mematikan sel darah merah lebih banyak daripada menggantinya. Beberapa jenis Anemia dan penyebabnya adalah :-

Iron deficency Anemia

Penyebab Anemia jenis ini adalah kekurangan zat besi di tubuh. Sumsum tulang memerlukan zat besi untuk membuat hemoglobin. Tanpa zat besi yang cukup, tubuh tidak akan mengeluarkan cukup hemoglobin untuk sel darah merah.

Vitamin deficiency Anemia

Sebagai tambahan zat besi, tubuh juga memerlukan folat dan vitamin B-12 untuk menghasilkan cukup sel darah merah. Pengambilan makanan yang rendah zat tersebut dan nutrisi penting lain dapat menyebabkan penurunan pengeluaran sel darah merah. Sebagai tambahan, beberapa orang tidak dapat menyerap B-12 dengan efektif.

Anemia of chronic disease

Penyakit kronik tertentu contohnya kanser dan HIV/AIDS juga dapat mempengaruhi pengeluaran sel darah merah, menghasilkan anemia kronik sehingga gingal gagal berfungsi dan menyebabkan Anemia.

Aplastic Aemia

Jenis ini sangat jarang terjadi dan merupakan Anemia yang mengancam jiwa. Ini disebabkan oleh berkurangnya kemampuan sumsum tulang belakang untuk menghasilkan ketiga jenis sel darah. Penyebabnya masih tidak dapat diketahui.

Anemias associated with bone marrow disease

Keadaan seperti leukemia dan myelodysplasia dapat menyebabkan Anemia yang menyebabkan pengeluaran darah di sumsum tulang belakang berkurangan.

Hemolytic Anemias

Ini terjadi ketika sel darah merah hancur lebih cepat dan sumsum tulang belakang tidak mampu mengimbanginya dengan menghasilkan sel darah merah pengganti. Penyakit tertentu seperti gangguan pada darah menjadi penyebab serta gangguan autoimun tubuh dapat menyebabkan tubuh menghasilkan antibodi terhadap sel darah merah sehingga menghancurkan sel darah merah.

Sickle cell Anemia

Jenis Anemia ini disebabkan oleh kecacatan bentuk hemoglobin yang membuat sel darah merah terbentu seperti sabit. Sel darah merah ini mati secara pra-matang dan menyebabkan keadaan kronik kurangnya sel darah merah.

Anemia lain

Anemia jenis ini berbeza dari yang lain seperti thalassemia dan Anemia yang disebabkan oleh kecacatan hemoglobin.


Faktor risiko terkena Anemia

Beberapa faktor yang mungkin meningkat peluang terjadinya Anemia adalah :-

Rendahnya pengambilan gizi pada makanan
Gangguan kesihatan usus kecil atau operasi yang berkenaan dengan usus kecil
Haid
Kehamilan
Kanser yang kornik, gagal ginjal atau kegagalan hati
Faktor keturunan

Selain itu jangkitan tertentu seperti gangguan pada darah dan autoimun, terkena racun kimia dan menggunakan beberapa ubat yang berpengaruh pada pengeluaran sel darah merah dan boleh menyebabkan Anemia.

Risiko lain adalah diabetes, alkohol dan orang yang menjadi vegetarian ketat dan kurang pengambilan zat besi atau vitamin B-12 pada makanannya.

Gejala Anemia

Ada beberapa gejala yang mungkin kita kurang ambil perhatian iaitu seperti :-

Kelopak mata pucat - Ketika anda merengangkan kelopak mata dan perhatikan bahagian bawah mata. Anda akan dapat melihat bahagian dalam kelopak mata berwarna pucat 

Sering lesu atau letih - Jika ada rasa sering lesu dan letih sepanjang waktu selama satu bulan atau lebih, berkemungkinan anda mempunyai sel darah merah yang rendah atau berada di bawah paras normal. Tenaga untuk tubuh sangat-sangat bergantung kepada pengosidaan dan sel darah merah. Semakin rendah sel darah merah tahap pengosidaan di dalam tubuh juga semakin berkurangan.

Sering mual - Mereka yang menderita Anemia seringkali mengalami gejala morning sickness atau mual sebaik sahaja bangun dari tidur.

Sakit kepala - Mengalami sakit kepala terus menerus kerana kekurangan darah merah membuat otak anda kurang oksigen dengan sebab itulah sakit kepala terjadi.

Sesak nafas - Jumlah darah yang rendah menurunkan tingkat oksigen dalam tubuh dan ini yang menyebabkan penghidap Anemia seringkali merasa sesak nafas atau termengah-mengah ketika melakukan kerja harian mahupun berjalan.

Denyut jantung  - Denyutan jantung yang tidak normal atau meningkat yang disebabkan oleh tubuh mengalami kekurangan oksigen. Ini menyebabkan jantung berdebar tidak teratur dan berdenut dengan cepat .

Wajah pucat - Wajah penghidap Anemia kelihatan pucat serta kulit akan kelihatan putih kekuningan

Keguguran rambut - Ini disebabkan kulit kepala tidak mendapat zat yang mencukupi dari tubuh maka keguguran rambut akan berlaku dengan cepat.

Menurunnya antibodi - Ketika tubuh badan kita mempunyai tenaga yang sangat sedikit kekebalan atau kemampuan tubuh untuk melawan penyakit turun menurun maka penghidap Anemia mudah jatuh sakit.

Apabila anda mengalami gejala di atas, sebaiknya berwaspada dan perlu mengetahui hal-hal yang merupakan penyebab Anemia seperti pendarahan (luka, haid berlebihan dan cacing tambang)

Cara-cara mengatasi penyakit Anemia


Penyakit Anemia boleh di atasi dengan cara menambahkan pengambilan seperti zat besi di dalam darah.

Berikut adalah beberapa contoh pengambilan makanan untuk mengatasi penyakit Anemia ini :-

1. Kekacang

Penyakit Anemia boleh di atasi dengan mengambil kekacang kerana kekacang adalah salah satu jenis makanan yang sangat baik yang boleh membantu dalam meningkatkan sel darah merah yang ada di dalam tubuh.  

2. Daging dan makanan laut

Pengambilan daging terutama daging kambing dan makanan laut yang teratur dan tidak berlebihan dapat membantu menghindari penyakit Anemia yang banyak mengandungi vitamin B12,zat besi dan sebagainya.

3. Sayur hijau

Sayuran yang berwarna hijau juga membantu meningkatkan zat besi yang ada di dalam tubuh. Antara sayur-sayuran hijau yang dimaksudkan adalah seperti kangkung dan bayam.

4. Buah-buahan

Buah-buahan mengandungi nutrisi dan zat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Ianya juga dapat membantu penyakit kurang darah seperti buah nangka, buah beri, Epal, jeruk dan melon.


Banyak jenis anemia tidak dapat dicegah tetapi anda dapat membantu menghindari iron deficiency anemia dan vitamin deficiency anemias dengan makanan sihat yang mengandungi zat-zat seperti yang disebutkan tadi. Makanan yang mengandungi zat besi penting untuk mereka yang memerlukan zat besi tinggi seperti kanak-kanak, wanita hamil dan wanita haid. Zat besi yang cukup juga penting untuk bayi, vegerian dan atlet.

Gejala Anemia, Penyebab, Faktor Risiko dan pencegahan
Sumber dari Dr. Dadan Harjana



No comments:

Post a Comment