Wednesday, 21 September 2016

Kesan kekurangan Vitamin B

20.9.2016
syliez.com

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya ingin berkongsi apakah fungis Vitamin B di dalam badan kita. Rupanya kalau korang nak tahu Vitamin B akan musnah dari tubuh kita apabila kita stress, penah atau terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari dan bila kita minym banyak air. Pengambilan kafein yang tinggi, pil perancang keluarga dan ubat tahan sakit juga boleh memusnahkan Vitamin B complex kita yang sedia ada. Kepada mereka yang mengambil pil perancang keluarga, keperluan Vitamin B complex adalah lebih tinggi.

Berikut adalah tanda-tanda jika kita kekurangan Vitamin B Complex :-


* Sensitif
* Terlalu defensive
* Minda tertutup
* Keletihan
* Mudah marah dan merajuk
* Emosi yang tidak stabil
* Kemurungan
* Sembelit
* Mudah panik
* Darah gemuruh
* Kurang selera makan
* Kulit wajah nampak kusam

Sekiranya mempunyai tanda-tanda seperti di atas, sila lah ambil B complex.

Kandungan B-Complex 


Mengandungi 8 vitamin iaitu B1 (Thiamine),B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (pantothenic acid), B6, B7 (biotin), B9 (folat) dan B12. 
Juga boleh didapati di dalam makanan seharian kita akan tetapi adakah vitamin yang terkandung di dalam makanan kita itu cukup untuk keperluan tubuh kita? Berkemungkinan khasiat yang terkandung di dalam makanan kita telah terhapus dengan proses masakkan itu sendiri serta pertumbuhannya dengan baja kimia serta racun serangga.






No comments:

Post a Comment