Thursday, 22 September 2016

Ketahui simptom anemia atau kurang darah merah

Simptom Anemia

                                           Image result for simptom anemia

Ada beberapa gejala yang mungkin kita kurang ambil perhatian iaitu seperti :-

Kelopak mata pucat - Ketika anda merengangkan kelopak mata dan perhatikan bahagian bawah mata. Anda akan dapat melihat bahagian dalam kelopak mata berwarna pucat 

Sering lesu atau letih - Jika ada rasa sering lesu dan letih sepanjang waktu selama satu bulan atau lebih, berkemungkinan anda mempunyai sel darah merah yang rendah atau berada di bawah paras normal. Tenaga untuk tubuh sangat-sangat bergantung kepada pengosidaan dan sel darah merah. Semakin rendah sel darah merah tahap pengosidaan di dalam tubuh juga semakin berkurangan.

Sering mual - Mereka yang menderita Anemia seringkali mengalami gejala morning sickness atau mual sebaik sahaja bangun dari tidur.

Sakit kepala - Mengalami sakit kepala terus menerus kerana kekurangan darah merah membuat otak anda kurang oksigen dengan sebab itulah sakit kepala terjadi.

Sesak nafas - Jumlah darah yang rendah menurunkan tingkat oksigen dalam tubuh dan ini yang menyebabkan penghidap Anemia seringkali merasa sesak nafas atau termengah-mengah ketika melakukan kerja harian mahupun berjalan.

Denyut jantung  - Denyutan jantung yang tidak normal atau meningkat yang disebabkan oleh tubuh mengalami kekurangan oksigen. Ini menyebabkan jantung berdebar tidak teratur dan berdenut dengan cepat .

Wajah pucat - Wajah penghidap Anemia kelihatan pucat serta kulit akan kelihatan putih kekuningan

Keguguran rambut - Ini disebabkan kulit kepala tidak mendapat zat yang mencukupi dari tubuh maka keguguran rambut akan berlaku dengan cepat.

Menurunnya antibodi - Ketika tubuh badan kita mempunyai tenaga yang sangat sedikit kekebalan atau kemampuan tubuh untuk melawan penyakit turun menurun maka penghidap Anemia mudah jatuh sakit.

Apabila anda mengalami gejala di atas, sebaiknya berwaspada dan perlu mengetahui hal-hal yang merupakan penyebab Anemia seperti pendarahan (luka, haid berlebihan dan cacing tambang)

Cara rawatan Anemia atau cara mengatasinya 

No comments:

Post a Comment