Harini saya ingin berkongsikan cara-cara mengatasi penyakit Anemia atau kurang darah merah ini.
Berikut adalah beberapa perkongsian yang telah saya rujuk pada beberapa sumber bacaan mahupun media sosial.
Cara-cara mengatasi penyakit Anemia atau kurang darah merah
Penyakit Anemia boleh di atasi dengan cara menambahkan pengambilan seperti zat besi di dalam darah.
Berikut adalah beberapa contoh pengambilan makanan untuk mengatasi penyakit Anemia ini :-
1. Kekacang
Penyakit Anemia boleh di atasi dengan mengambil kekacang kerana kekacang adalah salah satu jenis makanan yang sangat baik yang boleh membantu dalam meningkatkan sel darah merah yang ada di dalam tubuh.
2. Daging dan makanan laut
Pengambilan daging terutama daging kambing dan makanan laut yang teratur dan tidak berlebihan dapat membantu menghindari penyakit Anemia yang banyak mengandungi vitamin B12,zat besi dan sebagainya.
3. Sayur hijau
Sayuran yang berwarna hijau juga membantu meningkatkan zat besi yang ada di dalam tubuh. Antara sayur-sayuran hijau yang dimaksudkan adalah seperti kangkung dan bayam.
4. Buah-buahan
Buah-buahan mengandungi nutrisi dan zat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Ianya juga dapat membantu penyakit kurang darah seperti buah nangka, buah beri, Epal, jeruk dan melon.
Banyak jenis anemia tidak dapat dicegah tetapi anda dapat membantu menghindari iron deficiency anemia dan vitamin deficiency anemias dengan makanan sihat yang mengandungi zat-zat seperti yang disebutkan tadi. Makanan yang mengandungi zat besi penting untuk mereka yang memerlukan zat besi tinggi seperti kanak-kanak, wanita hamil dan wanita haid. Zat besi yang cukup juga penting untuk bayi, vegerian dan atlet.
No comments:
Post a Comment