21 Sept 2016
Syliez.com
Hari ini saya ingin berkongsi sejenis penyakit yang dinamakan Anemia atau lebih dikenali dengan kurang darah merah. Mungkin ramai yang tahu apa itu penyakit Anemia, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa diri kita sebenarnya penghidap Anemia. Oleh itu ingin saya kongsikan bagaimana caranya untuk kita mengenali apa itu penyakit Anemia dan bagaimana ianya berlaku?
Anemia

Anemia atau lebih dikenali kurang darah terjadi dengan berkurangnya jumlah sel darah atau kandungan hemoglobin (protein pembawah oksigen) di dalam darah.
Hemoglobin (Hb) adalah satu senyawa protein yang membawa oksigen ke dalam sel darah merah. Pengeluaran sel darah merah dihasilkan di sumsum tulang.
Penyebab Anemia dan jenis-jenis Anemia
Anemia terjadi ketika tubuh mengeluarkan terlalu sedikit sel darah merah, kehilangan terlalu banyak sel darah merah atau mematikan sel darah merah lebih banyak daripada menggantinya. Beberapa jenis Anemia dan penyebabnya adalah :-
Iron deficency Anemia
Penyebab Anemia jenis ini adalah kekurangan zat besi di tubuh. Sumsum tulang memerlukan zat besi untuk membuat hemoglobin. Tanpa zat besi yang cukup, tubuh tidak akan mengeluarkan cukup hemoglobin untuk sel darah merah.
Vitamin deficiency Anemia
Sebagai tambahan zat besi, tubuh juga memerlukan folat dan vitamin B-12 untuk menghasilkan cukup sel darah merah. Pengambilan makanan yang rendah zat tersebut dan nutrisi penting lain dapat menyebabkan penurunan pengeluaran sel darah merah. Sebagai tambahan, beberapa orang tidak dapat menyerap B-12 dengan efektif.
Anemia of chronic disease
Penyakit kronik tertentu contohnya kanser dan HIV/AIDS juga dapat mempengaruhi pengeluaran sel darah merah, menghasilkan anemia kronik sehingga gingal gagal berfungsi dan menyebabkan Anemia.
Aplastic Aemia
Jenis ini sangat jarang terjadi dan merupakan Anemia yang mengancam jiwa. Ini disebabkan oleh berkurangnya kemampuan sumsum tulang belakang untuk menghasilkan ketiga jenis sel darah. Penyebabnya masih tidak dapat diketahui.
Anemias associated with bone marrow disease
Keadaan seperti leukemia dan myelodysplasia dapat menyebabkan Anemia yang menyebabkan pengeluaran darah di sumsum tulang belakang berkurangan.
Hemolytic Anemias
Ini terjadi ketika sel darah merah hancur lebih cepat dan sumsum tulang belakang tidak mampu mengimbanginya dengan menghasilkan sel darah merah pengganti. Penyakit tertentu seperti gangguan pada darah menjadi penyebab serta gangguan autoimun tubuh dapat menyebabkan tubuh menghasilkan antibodi terhadap sel darah merah sehingga menghancurkan sel darah merah.
Sickle cell Anemia
Jenis Anemia ini disebabkan oleh kecacatan bentuk hemoglobin yang membuat sel darah merah terbentu seperti sabit. Sel darah merah ini mati secara pra-matang dan menyebabkan keadaan kronik kurangnya sel darah merah.
Anemia lain
Anemia jenis ini berbeza dari yang lain seperti thalassemia dan Anemia yang disebabkan oleh kecacatan hemoglobin.
No comments:
Post a Comment