Posted by : Syliez.com
Emosi kanak-kanak sememangnya sukar untuk dikawal dan dijangka. Lebih-lebih lagi apabila mereka mula menangis, menjerit dan memberontak. Jika dibiarkan, bertambah teruk dan jika dipujuk pula ada sahaja yang tidak kena. Ibu bapa yang berhadapan dengan situasi seperti ini perlu bijak mengawal anak meraka dengan bersikap rasional tanpa mengikut perasaan marah.
Mengamuk atau meragam adalah cara anak-anak meluahkan perasaan, melepaskan geram, lapar ataupun ingin sesuatu untuk dapatkan perhatian. Karenah mereka seharusnya dikenal pasti oleh ibu bapa agar mudah untuk memahami isi hati mereka. Mengamuk atau lebih dikenali sebagai tantrum kebiasaannya terjadi kepada kanak-kanak berumur 16 bulan hingga tiga tahun. Menurut pendapat pakar kanak-kanak, adalah penting bagi ibu bapa memahami kenapa anak-anak bersikap demikian agar emosinya mudah dikawal.
Ada beberapa tip akan saya kongsikan yang mana mungkin boleh membantu ibu bapa dalam mengawal anak-anak mengamuk :
Bertenang
Sikap tenang merupakan kunci utama dalam mendidik anak-anak. Berikan nasihat kepada si kecil dengan memberitahu mereka bahawa memberontak merupakan perangai yang tidak elok dan merupakan sikap tidak menghormati ibu bapa. Ibu bapa seharusnya menunjukkan emosi terkawal untuk dijadikan contoh terbaik kepada mereka. Jangan mengambil pendekatan marah dan melenting sebagai penyelesaian kerana ia bukanlah cara untuk mendisplinkan anak-anak.
Alih fokus anak
Cuba alihkan perhatian mereka dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti menonton rancangan yang mereka minati ataupun melakukan aktiviti luar. Kanak-kanak kebiasaannya mudah tertarik dengan perkara baru dan melupakan apa yang dimarahi. Jangan pula mengalihkan perhatian dengan membelikan mereka mainan baru kerana ia memberikan gambaran kepada anak bahawa mereka mudah untuk mendapatkan apa yang diingini apabila meragam.
Cuba memujuk
Pujuk dengan menggunakan nada lembut dan bertanyakan kenapa mereka marah. Cuba tenangkan mereka dengan kata-kata positive. Layan perasaan mereka dengan pujukkan manja. Katakan kepada mereka bahawa apa yang dilakukan adalah salah dan akan lebih disayangi sekiranya bersikap baik dan mendengar kata. Jangan terus marah dengan suara lantang dan memukul mereka kerana ia boleh menjadikan sikecil seorang penakut san jiwanya akan terus memberontak.
Biarkan
Sekiranya mereka masih tetap mengamuk, biarkan kelakuannya begitu. Pedulikan seketika kerenah mereka tetapi masih dalam pemerhatian. Sikecil akan berasa bosan dan letih kerana tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa. Namun, pastikan anak dalam keadaan selamat kerana bimbang mereka akan melakukan sesuatu perkara diluar jangkaan seperti mencederakan diri ataupun membaling barang seperti kaca.
Tetapkan hukuman
Didik anak dengan menetapkan hukuman kepada mereka. Ibu bapa boleh mengarahkan mereka berdiri disudut dinding untuk beberapa minit dan menyuruh mereka memikirkan kesalahan yang dilakukan. Ibu bapa juga boleh menyediakan kerusi hukuman yang disediakan khas untuk mereka sekiranya mereka membuat kesalahan. Hukuman tersebut perlu dilakukan secara konsisten dan serius dalam menjalankannya.
Jangan mengikut kehendak anak
Silapnya, perkara ini seringkali dilakukan oleh ibu bapa dengan mengikut apa sahaja kehendak anak, mereka akan menganggap sikap mengamuk merupakan perkara biasa yang mana akan mendapat apa yang diinginkan sekiranya membuat perangai berulang kali. Jangan sogokkan mereka dengan membeli lambakkan mainan. Biar mereka tahu untuk mendapatkan sesuatu bukan dengan menunjukkan kelakuan mengamuk

Ros pun cuba cara yang sama. :)
ReplyDeleteAlhamdulilah... TQ
ReplyDelete