Tuesday, 26 May 2015

Fibroid terjadi pada wanita berusia 30an ~ 40an??

Posted by : Syliez.com
                                Image result for fibroid

Bagaimana wanita boleh menghidapi penyakit ini?



Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

Apakah simtom yang dihidapi oleh kaum wanita?

Kebanyakan wanita tidak sedar dan tidak tahu samada mereka mempunyai masalah ketumbuhan ini kerana ia jarang memberikan masalah, tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami :-

* sakit semasa haid (senggugut)
* sakit belakang
* haid yang banyak
* sembelit
* kencing kerap
* keguguran yang kerap
* sukar mengandung

Bagaimana fibroid dapat dikenal pasti ?

Kebanyakan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan dan menyarankan rawatan bergantung kepada :-

* sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi

* berapa cepat fibroid tersebut membesar

* usia anda, kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos

* keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan
  ketidaksuburan dan sukar untuk mengandung.

Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.

Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi berbanding hysterectomy.

Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.

Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.

Konklusinya, tiada cara untuk mengelak dari fibroid kerana ia tidak ada kaitan dengan cara pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan penyakit keturunan .

Selain dari di atas ada beberapa makanan tambahan yang terbukti dapat mengecutkan fibroid ini.

cuba click link dibawah :-


Follow my IG & Page : Hebat dan sihat
Facebook : Ieza Joe
Contact : 010-71717658


No comments:

Post a Comment