Sunday, 31 May 2015

5 Tips Atasi perut buncit selepas bersalin

Posted by : Syliez.com

                                              Image result for perut buncit selepas bersalin                                    



Kaum wanita mengalami pelbagai perubahan selepas bersalin. Bukan hanya berat badan naik, malah perut juga menjadi buncit dan menggleber selepas bersalin. Namun yang paling merisaukan kaum wanita ialah perut buncit selepas bersalin.

Bagaimana untuk mendapatkan kembali perut kempis??

Penyusuan susu ibu

Dalam tempoh pemulihan diri, kita wajib memberikan penyusuan susu ibu kepada bayi. Selain bayi mendapat khasiat, ia juga sangat membantu ibu untuk langsing semula. Digalakkan melakukan penyusuan secara eksklusif selama enam bulan tanpa memberi makanan dan minuman tambahan selain dari susu ibu. Seeloknya diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun. Selalunya ibu yang menyusukan bayi akan cepat berasa lapar dan dahaga. Keadaan ini berlaku kerana banyak air dan kalori diperlukan untuk menghasilkan susu ibu. Dalam hal ini, ibu menyusu dinasihatkan mengamalkan pemakanan seimbang terutama makanan yang rendah lemak dan tinggi serat. Diet ideal ialah makanan yang tinggi kandungan protein dan vitaminnya.  Penyusuan dan pemakanan seimbang mampu membantu menurunkan berat badan. Selain itu, penyusuan juga membantu mengecutkan rahim ibu serta mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat. Oleh itu, usah culas untuk menyusukan anak dengan susu ibu.

Bengkung

Amalan berbengkung yang dilakukan secara berdisplin boleh membantu seseorang ibu mengembalikan bentuk badan asal secara semulajadi. Pemilihan dan penggunaan bengkung yang sesuai serta cara pemakaian yang betul mampu merampingkan pinggang ibu.
Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh. Cara ini bertujuan mendapatkan kembali tubuh yang langsing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung. Otot menjadi kendur dan perlu ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas da langsing semula. Waktu sesuai berbengkung adalah selepas mandi pagi dan setelah diurut. Ilangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.

Bertungku

Semua sedia maklum bahawa amalan bertungku adalah amalan tradisional untuk memecahkan darah beku selepas bersalin. Tujuan bertungku adalah untuk membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku, memecahkan lemak dan mengecutkan rahim bagi ibu selepas bersalin.

Selain itu, bertungku juga mampu memberikan kesegaran kepafa ibu selepas bersalin.



Pemakanan seimbang


Selepas bersalin, setiap wanita perlu menjaga kesihatan supaya dapat memberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi.
Dalam tempoh ini, digalakkan mengambil pemakanan sihat yang rendah lemak dan tinggi serat. Lebihkan pengambilan protein bagi membina otot tubuh dan menganjalkan semula perut yang menggeleber. Tingkatkan juga pengambilan makanan yang dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak seperti oat, kekacang, bayam dan madu. Malah, anda juga boleh mencuba beberapa makanan yang dapat menghasilkan lebih hormon yang mengawal selera yang membuatkan ibu sentiasa berasa kenyang. Antaranya ialah oat, cendawan, asparagus, bawang dan pisang.

Sarapan Pagi

Dalam tempoh berpantang, jangan culas sarapan pagi. Makan dan minum anda perlu berjadual bagi mengelak timbul masalah kesihatan lain misalnya badan berangin dan gastrik. Hakikatnya bersarapan dan meningkatkan metabolisme dalam badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenaga berlaku dengan lebih cepat. Dalam hal ini, digalakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi makan dengan lebih kerap. Amalkan makanan tinggi serat, kurangkan gula ringkas dan makan lemak yang sihat.

Nota kaki :

Rahsia air!

Kajian memdapati bahawa, wanita yang minum dua gelas air sebelum sarapan, makan tengahari dan malam mampu mengurangkan berat badan sebanyak 12kg setahun. Ibu yang minum dua gelas air mendapat 75 kalori berbanding yang tidak minum air. Ia juga meningkatkan metabolisme tubuh. Malah elakkan makan bersulam air kerana boleh memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman dan meningkatkan insulin dengan cepat. Bukan sahaja masalah kesihatan, tetapi turut membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut dengan cepat.


1 comment: