Tuesday, 24 March 2015

Tips haluskan kulit tangan

Kulit tangan yang kasar boleh menyebabkan wanita rungsing. Apa tidaknya tangan memainkan peranan yang penting. Sentuhan tangan yang lembut dan menawan pasti meninggalkan sensasi hebat kepada pasangan.
Kami kongsikan petua tradisional yang boleh diamalkan untuk menghaluskan dan mengebukan kulit tangan.

Ramas serbuk kopi
Selepas menikmati air kopi, hampasnya jangan dibuang. Gosok hampas kopi pada tangan kita secara perlahan-lahan. Sebenarnya khasiat yang terkandung didalamnya mampu membuang sel kulit mati. Kopi juga dapat menghaluskan dan melembapkan kulit. Selain itu, kopi juga dapat memberi nutrisi pada kulit dan menghilangkan bau yang kurang enak.


No comments:

Post a Comment