| Penyakit Gastrik |
Hari ini saya ingin kongsikan sejenis penyakit yang kita rasa ianya biasa-biasa saja tetapi sebenarnya penyakit ini boleh menjadi semakin teruk jika tidak mengawalnya sejak dari awal.
Gastrik dalam istilah perubatan bermaksud 'gastritis'
Ia bermaksud keradangan pada lapisan perut dan akan berlaku secara tiba-tiba dalam jangka masa pendek atau secara berperingkat dalam jangka masa yang panjang (kronik)
Apa pula ulser peptik? Ia sering juga dikaitkan dengan gastrik. Ulser peptik adalah luka kecil yang berlaku pada permukaan lapisan perut, duodenum iaitu bahagian pertama pada usus kecil atau bahagian bawah esofagus. Keradangan pada bahagian perut boleh menyebabkan ulser yang jika dibiarkan boleh menjadi lebih serius.
Permukaan lapisan perut mempunyai sel yang berfungsi untuk mengeluarkan asid dan enzim untuk pencernaan. Ia juga mengeluarkan mukus yang berperanan untuk melindungi permukaan lapisan perut. Apabila keradangan berlaku, hanya sedikit enzim dan mukus yang merembeskan. Ini menyebabkan permukaan lapisan perut akan lebih mudah terhakis kerana kekurangan mukus yang memberi perlindungan kepadanya. Ini menyebabkan luka kecil dan pada tahap ini ia dipanggil ulser peptik.
No comments:
Post a Comment