Saturday, 5 July 2014

OSTEMATRIX VS OSTEOPOROSIS


Apa itu OSTEOPROSIS 

                                    

                             osteoporosisOsteoporosis merupakan penyakit tulang reput yang berisiko besar mengakibatkan patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut telah hilang ketumpatannya dan kurang kualiti dari segi kalsium atau yang dikatakan kurang “bone mass density “(BMD). BMD biasanya paling maksima pada umur 30an dan berkurangan dengan bertambahnya umur terutama selepas putus haid (menopos).
Patah tulang boleh berlaku di mana-mana tulang tetapi kebiasaannya berlaku pada tulang belakang, pinggul dan pergelangan tangan. Patah tulang biasanya memerlukan pembedahan, kemasukan ke hospital dengan kadar lama, serta boleh mengakibatkan kecacatan yang kekal, kesakitan yang teruk, terlantar di katil dengan agak lama dan kemungkinan kematian.
Di Malaysia, sekurang-kurangnya 1 dalam 3 orang rakyat berisiko tinggi mendapat osteoporosis. Juga didapati bahawa sekurang-kurangnya separuh atau 50% daripada wanita berumur 50 tahun ke atas mengalami patah tulang disebabkan osteoporosis di mana kaum Cina yang paling tinggi diikuti kaum Melayu dan India.
Oleh itu, kita perlu tahu apa faktor-faktor penyebab dan bagaimana hendak mengelak dari mendapat penyakit ini.
                         clip_image002

Daripada gambarajah di atas, didapati bahawa osteoblast, iaitu sel tulang bertugas untuk membina tulang dengan memasukkan kalsium ke dalam tulang sementara osteoclast juga sel tulang bertugas sebagai memakan tisu tulang dengan menarik keluar kalsium dari tulang. Kedua-dua sel ini adalah penting untuk menjaga keseimbangan kalsium dalam darah serta menjaga kedinamikan dan kesihatan tulang Aktiviti osteoblast dikawal oleh hormone calcitonin dan osteoclast dikawal oleh hormone parathyroid. Ketidakseimbangan yang berlaku di antara kedua-dua hormone dalam beberapa penyakit ini menyebabkan salah satu sel bertugas dengan lebih aktif dari yang lain. Kalau osteoclast lebih aktif, maka BMD rendah dan osteoporosis boleh berlaku.
Klasifikasi Osteoporosis
Terdapat 2 jenis iaitu Primer (Primary) dan Sekunder (Secondary) :
1. Osteoporosis Primer
Antara sebab-sebabnya ialah:-
1.Selepas menopos atau putus haid – kurang estrogen sebabkan BMD rendah
2. Berkaitan dengan umur – umur yang meningkat, semakin tinggi risiko dapat osteoporosis
3.Tidak diketahui- jarang berlaku
2. Osteoporosis Sekunder
Antara penyebabnya ialah:-
1.Penyakit endocrine seperti Cushing’s Syndrome, hypogonadism, thyrotoxicosis dan hyperparathyroidism.
2.Ubat-ubatan seperti Glucocorticoids atau steroids ( 5 mg sehari untuk lebih dari 3 bulan), Heparin yang digunakan untuk waktu lama dan ubat sawan seperti Phenytoin
3.Penyakit-penyakit kronik seperti kerosakan ginjal atau buah pinggang, penyakit hati seperti liver cirrhosis, penyakit malabsorption iaitu selepas pembedahan buang perut dan penyakit sendi kronik spt Rheumatoid arthritis
4.Lain-lain seperti nutritional iaitu kurang pengambilan zat kalsium dan juga penyakit barah.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO (RISK FACTORS)
Faktor-faktor berikut di bawah boleh menyumbang kepada osteoporosis iaitu:-
Faktor-faktor Non-modifiable / yang tidak boleh diubah
    1. Umur yang meningkat
    2. Kumpulan ethnik- orang berketurunan Cina dan “orang putih”
    3. Menopos sebelum masanya iaitu umur kurang dari 45 tahun termasuk menopos disebabkan pembedahan rahim dan ovary
    4. Saiz badan yang sediakala kecil
    5. Keturunan- Sejarah ahli keluarga spt ibu, ayah dan adik beradik yang pernah mengalami osteoporosis
Faktor-faktor modifiable/ yang boleh diubah
    1. Pengambilan kalsium dan Vit D yang rendah- masyarakat di Malaysia kurang minum susu
    2. Tahap aktiviti – kurang senaman boleh reputkan tulang
    3. Merokok berlebihan
    4. Mengambil minuman berakohol
    5. Mengambil caffeine berlebihan
    6. BMI yang rendah iaitu kurang dari 19 kg/m2 ( BMI= Berat (kg) / tinggi(m) x tinggi (m)
    7. Kekurangan hormone estrogen
    8. Makanan yang terlalu asidik – darah perlu pada ph neutral, maka, hormone parathyroid akan rangsang osteoclast ambil kalsium dari tulang
DIAGNOSA
Osteoporosis dikatakan “silent disease”, di mana biasanya tiada tanda apa-apa. Hanya setelah mengalami patah tulang baru diagnosa dibuat.
Walaubagaimanapun, antara tanda-tanda yang biasa dilihat ialah bongkok yang keterlaluan (dorsal kyphosis) macam dalam gambar awal, patah tulang ketika kecederaan yang minima, kurang ketinggian disebabkan tulang belakang dihimpitkan, dan sakit tulang belakang.
Osteoporosis Primer hanya dibuat setelah di kecualikan sebab-sebab Osteoporosis Sekunder yang telah disebutkan tadi.
Antara penyiastan yang boleh dilakukan ialah:-
  • Bone mineral density test (BMD) – guna mesin X-Ray spt DXA, SXA, juga menggunakan Ultrasound tulang tumit mudah didapati di hospital swasta
  • X-Ray tulang belakang, pinggul
  • Ujian darah/ air kencing – tahap kalsium, fungsi ginjal dan penyakit2 lain
  • Tahap hormone dalam darah – hormone T4, TSH, FSH, LH, testosterone

Langkah Pencegahan Awal penyakit OSTEOPOROSIS :-

a)Pengambilan kalsium

Dicadangkan agar di samping minum susu, diambil juga tambahan pil kalsium OSTEMATRIX.
                                  tambah kalsium dengan ostematrix
Untuk order sila click di OSTE OSTE
Hubungi saya
Azliza Johari
pm/wassap : 0107171658
email : syliez7072@gmail.com
Fb : IeZa Joe
Instgram : hebat dan sihat




No comments:

Post a Comment